quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Perjalanan Eropah kami baru bermula

Ederson dalam pemilihan skuad untuk perlawanan Liga Juara-Juara Eropah hari Rabu meskipun mengalami kecederaan kepala semasa kemenangan ke atas Liverpool hari Sabtu lalu.

Penjaga gol City itu diusung keluar sebelum masa rehat dalam perlawanan menntang pasukan merah Merseyside selepas tendangan keras kasut but Sadio Mane terkena sisi kepalanya yang memerlukan beberapa jahitan.

Namun Pep mengesahkan pada hari Selasa yang pemain Brazil itu telah berlatih dengan memakai penutup kepala dan dapat bermain di Rotterdam.

Sementara untuk kapten Vincent Kompany, perlawanan di De Kuip terlalu awal buatnya yang kekal direhatkan berikutan kecederaan pangkal paha semasa tugasan antarabangsa bersama Belgium.

“Ederson di sini, Vincent di Manchester,” ujar Pep.

“Vincent beransur sembuh. Saya tidak tahu bila dia dapat bermain, tapi dia akan kembali tak lama lagi.

“Ederson di sini, dia memakai pelindung kepala. Saya perlu bercakap dengannya esok.

“Saya rasa kesemua pemain mempunyai tahap profesional, amat tinggi, karakter hebat untuk bermain. Apabila mereka cergas, mereka mahu bermain.

“Kami akan lihat keadaan Vincent dalam masa beberapa minggu akan datang. Tapi diharap dia akan kembali bersaing dengan rakan-rakan sepasukanya untuk bermain.”

Prestasi City mantap dari permulaan musim yang menyaksikan mereka mengutip 10 mata dari 12 mata keseluruhan dan telah dicanang oleh sejumlah pengulas sukan sebagai pasukan pilihan menjuarai musim ini.

Citizens kini tidak mengalami kekalahan dalam 12 perlawanan berturut-turu sejak akhir musim lalu, satu rekod terlama sejak Guardiola mengambil alih jawatan pengurus lebih setahun lalu.

Namun begitu ketika ditanya perasaannya dengan pasukannya berupaya menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim ini, Guardiola tidak mahu mengulas panjang dan terbawa-bawa dengannya.

“Esok kami akan bermain perlawanan pertama kami di peringkat kumpulan,” ujarnya.

Image result for pep city 5-0 liverpool

“Kami bertarung habis-habisan untuk layak bermain di kejuaraan ini. Jurang amat dekat tantara Arsenal, Liverpool dan Manchester United dan kami musim lalu.

“Kami telah berjuang dan bekerja keras. Kami baru memulakan perjalanan kami. Saya tahu betapa rumitnya ia.

“Saya tahu dari pengalaman saya.

“Diharap, mereka seronok berada di sini. Kami memulakannya dengan menentang Rotterdam di sebuah negara yang menghargai dan cintakan bola sepak.

“Kami tidak bermimpi di siang hari, apabila anda berada di posisi lebih bagus lebih baik bertenang. Apabila anda tiba di peringkat akhir barulah anda boleh mengatakan impian anda hampir, tapi buat masa sekarang ia masih jauh.”

Previu Perlawanan

Info Perlawanan: Feyenoord lwn Man City

Feyenoord merupakan lawan pertama Man City di peringkat Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah musim 2017/18 dan berikut apa yang anda perlu tahu menjelang kunjungan ke Belanda.

Segala yang anda perlu tahu menjelang perlawanan pembuka Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah, Feyenoord menentang Manchester City...

Berita Pasukan Utama

Rombongan skuad Man City lawan Feyenoord

Manchester City berada do Rotterdam untuk perlawanan pembuka Liga Juara-Juara Eropah musim 2017/18 menentang Feyenoord, berikut senarai skuad.

Senarai skuad Manchester City ke Belanda menghadapi Feyenoord, Liga Juara -Juara Eropah..

Galeri Foto

Persiapan ke Feyenoord: Ederson kembali berlatih