quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Fernandinho: Shakhtar akan datang menyerang

Ferna v Donetsk

Ferna v Donetsk

Fernandinho menjangkakan satu lagi persembahan permainan menyerang apabila City menerima kunjungan Shakhtar Donetsk malam Rabu dalam Liga Juara-Juara Eropah.

City telah menjaringkan 22 gol dalam lima perlawanan terakhir mereka dan kemenangan 5-0 ke atas Crystal Palace Sabtu lalu menjadikan mereka pasukan pertama semenjak Blackburn Rovers musim 1958/59 menjaringkan lima atau lebih gol dalam tiga perlawanan berturut-turut di liga utama.

Pemain tengah Brazil yang pernah bersama Shakhtar dari tahun 2005 hingga 2013 sebelum menyertai City dengan 284 penampilan dan 53 gol. Beliau berkata pasukan dari Ukraine itu akan menyerang ketika mereka bertandang di Stadium Etihad nanti.

Related image

“Kami semua tahu mereka bermain bola sepak menyerang, terdapat ramai pemain Brazil dalam skuad mereka.

“Setiap tahun mereka bertarung merebut gelaran juara di sana dan dalam Liga Juara-Juara Eropah mereka cuba bermain cara yang sama seperti di liga tempatan mereka.

“Kami perlu bersedia kerana mereka satu pasukan berbahaya, mereka penuh dengan para pemain yang bagus.

“Mereka suka bermain bola sepak berteknikal, jadi ia akan menjanjikan perlawanan menarik nanti.

Image result for fernandinho shakhtar donetsk celebration

“Saya melalui masa yang indah di sana bersama rakan-rakan sepasukan dan para peminat. Ia pasti bagus dapat bertemu mereka semua lagi.”

City kekal tanpa kalah musim ini selepas lapan perlawanan di kesemua kejohanan dan sudah mengumpul 27 gol.

Pep Guardiola mempunyai pilihan pemain yang cukup di barisan serangan untuk menambah bilangan gol tersebut.

Fernandinho turut mengakui sikap ‘kerakusan’ City hilang musim lalu berbanding musim-musim sebelumnya dan ia kembali semula pada musim ini.

“Kami berubah semenjak musim lalu.

“Kami telah mencipta begitu banyak peluang untuk menjaringkan gol-gol namun tidak menjaringkannya.

“Kini kami mencipta begitu banyak peluang dan dapat menjaringkannya.

“Saya bukanlah pakar untuk membicarakannya tapi saya amat gembira kami mula menghasilkan gol-gol.”

* Perlawanan kedua peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah menentang Shakhtar Donetsk akan berlangsung di Stadium Etihad hari Selasa, 26 September jam 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 2.45 pagi Rabu waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Guardiola gembira dengan permainan babak kedua

Berita Pasukan Utama

Guardiola gembira dengan permainan babak kedua

Laporan Perlawanan

City ungguli Palace lima gol tanpa balas

Pep Guardiola dan skuad pendahulu liganya kembali ke Etihad minggu ini.

Manchester City sekali lagi berpesta gol dengan mencatat kemenangan bergaya 5-0 ke atas Crystal Palace hari Sabtu untuk kekal di puncak carta Liga Perdana Inggeris.

Laporan perlawanan Manchester City 5 Palace 0