quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Laporan kecederaan Ederson

Penjaga gol Manchester City, Ederson Moraes tidak mengalami konkusi atau keretakan tulang muka selepas pelanggaran dengan Sadio Mane.

Penjaga gol Brazil itu terpaksa diusung keluar sebelum masa rehat di Stadium Etihad selepas Sadio Mane terlanggar dan tendangan keras terkena mukanya.

Image result for ederson man city 5-0 liverpool 2017

Perlawanan terpaksa dihentikan sehingga lapan minit untuk memberi rawatan terhadap pemain berusia 24 tahun itu yang begitu menyerlah sebelum mengalami kecederaan.

Image result for ederson man city 5-0 liverpool 2017

Beliau menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Liverpool termasuk oleh Mohamed Salah, sementara distribusinya juga cemerlang dan tepat.

Seusai perlawanan, Ederson mengkhabarkan perkembangannya di akaun Instagram dan Twitter dengan mesej berbunyi: "Hai semua, saya ok. Satu kegusaran! Ia kemenangan penting buat kami. Kami kuat. Terima kasih atas segala mesej dan sokongan anda.

Sementara rakan sepasukan, Benjamin Mendy mengepos gambar Ederson dengan balutan luka di muka.

City meraih kemenangan 5-0 hasil gol Sergio Aguero, dua gol Gabriel Jesus dan dua gol Leroy Sane untuk mengumpul 10 mata dari empat perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Berita Pasukan Utama

City hadapi Liverpool tanpa Kompany

Vincent Kompany akan terlepas beraksi dalam perlawanan menentang Liverpool hari Sabtu di Stadium Etihad.

Sidang media Pep Guardiola menjelang pertemuan dengan Liverpool...