quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Permulaan bagus tapi kerja keras menanti

Pep Guardiola mengatakan yang City telah melakukan permulaan bagus untuk kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini, namun menegaskan banyak tugasan berat menanti.

Citizens mencatat rekod kemenangan terbesar di tempat lawan peringkat kumpulan kejohanan dengan kemenangan 4-0 di Rotterdam Belanda dengan menumpaskan Feyenoord 4-0 dan bos City mengakui kemenangan perlawanan pertama tersebut amat penting.

“Ia amat penting memenangi perlawanan pertama dan meskipun ia belum membawa apa-apa pencapaian, ia permulaan bagus buat kami malam ini, “ ujar Guardiola.

“Musim lalu kami tidak berupaya memenangi mana-mana perlawanan di tempat lawan dalam Liga Juara-Juara Eropah dan kami telah bercakap kepada ahli skuad.

“Jika kami ingin berupaya maju ke hadapan, anda perlu berupaya menenangi perlawanan-perlawanan di laman lawan dalam kejohanan ini – sudah tentu juga perlawanan-perlawanan tempat sendiri, tapi kami telah mempamerkan permainan yang cukup baik.

Image result for aguero v feyenoord

“Ia telah membantu ketika kami menghasilkan gol pada beberapa minit pertama, tapi kami telah terus menyerang dan mara ke hadapan sementara menjaga pertahanan dengan amat bagus juga.

Pep turut memuji penyerang City asal England, John Stones yang telah menyumbangkan dua gol dalam setiap babak perlawanan.

Image result for stones v feyenoord

“John telah bermain dengan baik sekali dan sementara beliau menjaringkan dua gol, dia juga juga telah bertahan dengan amat bagus, memenangi pertarungan dan melakukan apa yang beliau perlukan.

“Itu yang John perlu lakukan untuk terus berkembang sepanjang beberapa tahun akan datang.

“Kami telah berusaha keras untuk maju ke hadapan dan membawa lima pemain baru sepanjang musim panas, sebagaimana kesemua kelab-kelab ternama lain di Eropah, PSG, Manchester United, Chelsea, Barcelona – dan ia penting untuk kami melihat jika kami boleh bermain jauh dari tempat sendiri dengan mentaliti sama semasa bermain di Stadium Etihad.

“Bermain tahap sama dengn menekan tinggi, falsafah serangan dan tidak terbolos semasa serangan balas, jadi saya amat berpuas hati malam ini.”

Laporan Perlawanan

City mulakan cabaran Eropah cemerlang di Feyenoord

City meneruskan momentum kemenangan dengan membenamkan tuan rumah, Feyenoord 4-0 perlawanan pertama Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah di De Kuip, Rotterdam.

Laporan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah: Feyenoord 0 Manchester 4

Berita Pasukan Utama

Pep: Perjalanan Eropah kami baru bermula

Ederson dalam pemilihan skuad untuk perlawanan Liga Juara-Juara Eropah hari Rabu meskipun mengalami kecederaan kepala semasa kemenangan ke atas Liverpool hari Sabtu lalu.

Previu Pep Guardiola, berita pasukan, sidang media menjelang Feyenoord lawan Manchester City...

Previu Perlawanan

Info Perlawanan: Feyenoord lwn Man City

Feyenoord merupakan lawan pertama Man City di peringkat Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah musim 2017/18 dan berikut apa yang anda perlu tahu menjelang kunjungan ke Belanda.

Segala yang anda perlu tahu menjelang perlawanan pembuka Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah, Feyenoord menentang Manchester City...