quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep dedikasikan kemenangan buat Mendy dan Aguero

Pep Guardiola telah mendedikasikan kemenangan indah Manchester City ke atas Chelsea di Stamford Bridge buat dua bintangnya yang cedera.

Pengurus City kehilangan Benjamin Mendy dan Sergio Aguero minggu ini dan beliau menyebut nama kedua-dua pemain tersebut yang sentiasa di ingatan rakan-rakan sepasukan mereka.

“Saya mahu dedikasikan kemenangan ini untuk Benjamin dan Sergio- setiap pemain akan terus berjuang ke akhirnya.

“Kami amat sedih buat Benjamin, dia seorang pemain yang memberi kami semangat kelainan di bilik persalinan pakaian. Begitu juga Sergio, namun diharap dia akan dapat kembali semula beraksi.

“Kami ada dua pilihan, mengeluh para pemain yang tiada, atau bermain dengan para pemain yang kami ada, kerana kami masih ada para pemain yang hebat.

“Kami ke sini untuk menang. Ini merupakan pertama kali saya sebagai pengurus meraih kemenangan di stadium ini (Stamford Bridge), tidak semasa saya sebagai pengurus Barcelona atau Bayern, jadi saya begitu gembira.

“Kami amat gembira, tapi yang paling penting ialah memenangi perlawanan, cara kami telah bermain pada separuh masa kedua begitu bagus.

“Kami datang ke sini tahun lalu dan tiada perkataan untuk dijelaskan apa yang mereka(Chelsea) telah lakukan. Pada separuh masa pertama kami tidak berada di posisi terbaik, tapi di babak kedua kami lebih baik.

“Chelsea berbahaya apabila mereka menyerang balas, tapi kami kekalkan bola sekerap yang boleh. Apabila kami menang, kami amat gembira. Ia hanyalah September, dan perjalanan masih panjang.”

Guardiola turut memuji Kevin De Bruyne, yang dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan yang telah menjaringkan gol kemenangan, juga Fabian Delph yang sekali lagi tampil cemerlang di bek kiri.

“Kevin lakukan segalanya. Dia boleh jaringkan gol, berjuang dan merupakan seorang yang rendah hati dan disenangi ramai, saya amat gembira untuknya.

“Dia bijak. Berkualiti dapat melihat bola pendek dan panjang, dia boleh bermain di empat hingga lima posisi. Kami amat bertuah mempunyainya.

“Fabian sekali lagi memperagakan permainan cemerlang, beliau mengawasi kawasan dengan bagus, agresif. Saya amat gembira buatnya, musim lalu sukar buatnya, oleh sebab itu saya amat gembira.

“Kami telah ubah posisi kami dan kami bermain mantap. Kami turut dapati David Silva bermain lebih bagus di babak kedua.

“Kami telah cuba menguasai bola sepenuhnya dan bermain, terus bermain dan itu yang kami telah lakukan. Tiga hari lalu Chelsea menang di Madrid, oleh sebab itu saya beri banyak pujian untuk pasukan ini.”

Previu Perlawanan

Ikuti kami langsung di Twitter!

Ia pertemuan antara Blues Manchester dan Blues London. Ketahui segala yang anda perlu tahu tentang perlawanan ketujuh Liga Perdana Inggeris musim ini.

Info Perlawanan: Chelsea vs Manchester City...

Berita Pasukan Utama

City tanpa tiga pemain hadapi Chelsea

Pep Guardiola mengumumkan yang Vincent Kompany tidak tersenarai dalam pilihan skuad ke Stamford Bridge hari Sabtu ini.

Previu Pep Guardiola menjelang kunjungan ke Stamford Bridge...

Berita Pasukan Utama

Aguero akan diperiksa selepas kemalangan jalanraya