quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City masih tanpa Kompany hadapi West Brom

TEAM NEWS: Pep provided a squad update ahead of West Brom.

TEAM NEWS: Pep provided a squad update ahead of West Brom.

Pep Guardiola mendedahkan yang kecederaan Vincent Kompany bertambah baik dan akan kembali beraksi tidak lama lagi.

Namun perlawanan menentang West Brom di The Hawthorns hari Sabtu terlalu awal untuk kapten yang masih menerim rawatan kecederaan otot.

“Vincent ke Barcelona dan berjumpa doktor Ramon Cutgat untuk melihat sejauh mana kecederaannya.

“Ia bertambah baik, dalam masa sepuluh hari lagi dia akan dapat kembali bermain.”

Image result for vincent kompany man city 2017/18

City terpaksa bermain selama 120 minit hari Selasa lalu menentang Wolves dalam pusingan keempat Piala Carabao dan pengurus berkata beliau masih menilai sejauh mana ia memberi pengaruh dalam pemilihan skuadnya melawan Baggies.

“Kami semua merasa amat penat.

“Kami hadapi beberapa masalah dengan beberapa pemain mengalami masalah ringan dan ia begitu memerlukan tuntutan tinggi dari kami, tapi kami telah pulih sedia kala dan para pemain berehat sehari penuh kelmarin.

Image result for gundogan man city vs wolves 2017/18

“Hari ini mereka kembali semula dan kami akan lihat bagaimana keadaan mereka.”

Sementara itu, Pep telah menyeru pasukannya supaya kekal bertenang dan tidak terbawa-bawa dengan permulaan bagus dari awal musim dimana telah menyaksikan mereka mencatat rekod baru kelab dengan meraih 12 kemenangan berturut-turut di kesemua kejohanan selepas menewaskan Wolves.

City kini tanpa kalah sejak awal musim dan berada di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dan juga Kumpulan F Liga Juara -Juara Eropah, namun bos City mengulangi kenyataan yang kejayaan sebenar hanya boleh dinilai selepas kempen musim ini selesai.

Image result for pep man city vs wolves 2017/18

“Kami telah bermula cara sama tahun ini sebagaimana musim lalu.

“Hari Selasa lalu, kamu sedar betapa susahnya untuk memenangi perlawanan-perlawanan. Kami perlu kekal bertenang dan fokus.

“Kami harus tumpukan perhatian perlawanan demi perlawanan, kemudian kami akan analisa apa yang berlaku pada akhir musim nanti.”

* Perlawanan menentang West Brom akan berlangsung di The Hawthorns pada hari Sabtu, 28 Oktober jam 3 petang UK bersamaan pukul 10 malam waktu tempatan Malaysia.

Galeri Foto

Persiapan ke The Hawthorns bertemu West Brom

Galeri Foto

Persiapan ke The Hawthorns bertemu West Brom

Berita Pasukan Utama

City diundi lawan Leicester suku akhir Piala Liga