quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep gembira dengan kemenangan di West Brom

PEP WATCH: The manager has his input from the sideline.

PEP WATCH: The manager has his input from the sideline.

Pep Guardiola gembira dapat pulang dari the Hawthorns dengan tiga mata penuh selepas berhempas pulas.

Bos City percaya yang pasukannya sepatutnya menang dengan lebih selesa tapi gembira dengan permainan keseluruhan dan paling penting tiga lagi mata penuh di tempat lawan.

Citizens kini mencatat rekod kemenangan penuh di laman lawan musim ini dan kini menang enam perlawanan berturut-turut semenjak bulan Mei lalu.

Image result for tony pulis pep west brom 2-3 man city

“Kami tidak panik apabila seri 1-1 dan kami tidak panik bila berada di kedudukan 3-2 di minit akhir jadi kami bermain dengan bagis dan saya gembira.

“Kami bermain cukup baik dalam banyak kawasan hari ini dan kami berhak untuk menang.

“West Brom telah mencipta hanya tiga peluang dan menjaringkan dua gol , sementara kami pula telah mencipta banyak peluang tapi tidak menghasilkan gol, tapi itulah bola sepak, ia ok dan tahniah untuk pasukan saya.

“Ia satu tempat yang sukar dikunjunjungi dan menang, West Brom satu pasukan yang rumit untuk dilawan jadi saya amat gembira, tapi kami hanya kekal lima mata di hadapan jadi tiada yang berubah.

“Tony Pulis tahu kekuatan pasukannya dan cara terbaik untuk menghentikan mereka ialah dengan bola panjang, bola kedua atau menyakiti mereka dari tendangan penjuru, sepakan percuma, balingan dan hantaran silang ke dalam petak penalti dengan mengekalkan posesi bola serta menafikan segala peluang mereka.

Image result for tony pulis pep west brom 2-3 man city

“Mereka hebat dalam mencetuskan masalah dari situasi-situasi tersebut dan melakukannya dengan bagus sekali.”

Pemain City paling menyerlah, Leroy Sane mendapat pujian khas bos: “Dia seorang pemain yang berbakat istimewa yang banyak berlari di bahagian belakang, tapi dia masih muda dan masih banyak perlu diperbaiki , dan kami senang hati membantunya.

Image result for tony pulis pep west brom 2-3 man city

“Mempunyai para pemain seperti Raheem yang diturunkan dari bangku simpanan dan menjaringkan gol memberikan saya banyak keyakinan. Apabila anda cuba menjuarai kejohanan dan merangkul piala, anda mahu satu barisan pemain simpanan yang kuat dan kami mempunyainya.”

Image result for sterling west brom 2-3 man city

Menjelang perlawanan penting menentang Napoli dalam Liga Juara-Juara Eropah, Pep menambah: “Kami perlu satu lagi kemenangan untuk jamin layak seterusnya tapi kami akan ke laman pendahulu Serie A, dan setiap orang tahu gaya permainan mereka di stadium sendiri, jadi ia pasti amat mencabar.

“Namun ia satu peluang hebat untuk kami menempah tempat ke peringkat seterusnya dan kami akan cuba lakukannya dengan terbaik.”

Laporan Perlawanan

City raih tiga mata penuh di The Hawthorns

West Brom v City EPL

City kekal di puncak carta Liga Perdana Inggeris dengan jarak lima mata selepas mengalahkan West Brom 3-2 di The Hawthorns petang Sabtu.

Laporan perlawanan West Brom 2 Man City 3

Previu Perlawanan

Ikuti kami langsung di Twitter!

city v west brom

Selepas mencatat rekod kemenangan 12 perlawanan berturutan, City menyasarkan melanjutkan rekod tersebut dalam kunjungan ke West Bromwich Albion. Berikut segala yang anda perlu tahu.

Segala yang anda perlu tahu tentang perlawanan Man City menentang West Brom.

Berita Pasukan Utama

City masih tanpa Kompany hadapi West Brom