quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Fokus: Sergio Aguero

SUPER SRGIO: Aguero memulakan musim ini dengan cemerlang.

SUPER SRGIO: Aguero memulakan musim ini dengan cemerlang.

Permulaan memukau musim ini buat Sergio Aguero. Wartawan kelab, Rob Pollard mengupas rentak permainannya dengan lebih dalam.

Sergio Aguero kini berada di puncak untuk mecipta sejarah buat Manchester City. Setelah menjaringkan tujuh gol dalam lapan penampilannya setakat musim ini, beliau kini cuma kekurangan satu goal untuk menyamai rekod Erik Brook, iaitu 177 gol.

Brook mencatatkan rekodnya pada tahun 1993, hasil daripada penampilannya dalam 491 perlawanan. Aguero yang menyertai City pada tahun 2011 setelah berpindah dari Atletico Madrid berjaya menjaringkan gol dalam hanya 261 perlawanan.

Image result for aguero signs for city

Persoalannya adalah diantara ‘bila’ atau ‘jika’rekod harus dipecahkan. ‘Bila’rekod dipecahkan adalah lebih bernilai berbanding dengan ‘jika’ kerana ianya akan menjadi pencapaian terbaik buat seseorang pemain yang telah banyak mencipta nama semasa bermain dengan Man City.

Musim ini, sekali lagi Aquero tampil lebih garang ketika beraksi dalam suku ketiga. Di dalam tujuh daripada lapan perlawanannya, beliau berjaya menjaringkan hatrik semasa mereka menang 6-0 di Watford. Beliau menunjukkan pelbagai teknik jaringan yang begitu kemas dan ini juga mungkin salah satu daripada aksi yang cukup luar biasa daripada seorang penyerang yang pernah anda saksikan.

Image result for aguero watford 0-6 man city

Gol pertamanya berpunca daripada sepakan percuma Kevin De Bruyne ke dalam petak penalti sebelum ditanduk masuk oleh Aguero. Gol kedua, beliau menyepak mudah bola tersebut di dalam kotak penalti diikuti dengan larian daripada 25 ela yang meyaksikannya berjaya melepasi kawalan tiga orang pemain pertahanan sebelum melepaskan rembatan walaupun daripada sudut sukar- ini merupakan aksi bertaraf dunia yang tidak dapat disangkal oleh pertahanan Watford.

Permulaan memukau musim ini buat Sergio Aguero!

 

Sikapnya yang tidak mementingkan diri juga sangat mengagumkan. Beliau mengejar bola, berjuang sehabis mungkin dan memberi peluang kepada yang lain untuk bermain. Dalam babak kedua, beliau cuba membuat hantaran jauh dalam cubaan untuk menghasilkan jaringan gol.

Ianya tidak berhasil namun beliau tidak berputus asa dan kembali memantapkan permainan, mengawal pemain pertahanan pihak lawan untuk menghantar bole ke Davil Silva dan akhirnya disempurnakan oleh Heurelho Gomes. Semangat, tekad dan semangat juang yang tinggi – beliau menunjukkan kualiti cemerlang sebagai seorang penyerang dalam skuad Pep Guardiola.

Image result for aguero watford 0-6 man city

Kemenangan 5-0 ke atas Liverpool juga menujukkan corak permainan yang menarik. Aguero menjarikan gol pembukaan dan beliau dengan mudah melepasi Simon Mignolet untuk menerima hantaran De Bruyne.

Sikapnya kerjasama yang ditunjukkan oleh Aguero juga membuka peluang untuk Gabriel Jesus meledakkan gol ketiga yang cantik buat City. Aguero mampu untuk melepasi gawang pihak lawan namun yakin dengan kebolehan Jesus untuk menjaringkan gol dan akhirnya berjaya meraih tiga mata.

Image result for aguero gabriel jesus city 5-0 liverpool

Di usia 29 tahun, corak permainan Aguero kelihatan semakin mantap. Aksinya di dalam kotak penalti sangat digeruni – rekod permainannya adalah bukti bagi segalanya – dan aksinya semakin menunjukkan peningkatan hari demi hari.

Terbaru, beliau menghasilkan bantuan jaringan dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris berturut-turut. Buat kali pertama juga dalam kariernya, Aguero berlari lebih dari 10km dalam satu perlawanan dalam musim ini jika dibandingkan dengan 9.65km dalam musim lalu.

Related image

Beliau telah menyamakan kedudukan sepanjang musim lalu setelah membuat tiga bantuan dan mecipta enam peluang jaringan buat pemain-pemain lain. Ianya merupakan pencapaian yang sama dalam 31 perlawanan pada 2016/17.

Beliau boleh dianggap sebagai penyerang bola sepak terbaik dunia – dan ini merupakan berita baik buat penyokong City kerana beliau kini menunjukkan aksi yang semakin mantap.

Image result for aguero 2017/18 celebration

* Man City akan meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini, 14 September dengan menerima kunjungan Stoke City di Stadium Etihad dengan perlawanan bermula jam 3 petang UK bersamaan pukul 10 malam waktu Malaysia. Pep Guardiola akan memaklumkan di sidang media hari Jumaat sama ada Aguero dapat kembali beraksi atau sebaliknya.

 

Berita Pasukan Utama

WALKER PUJI KUARTET CITY YANG BERAKSI UNTUK SKUAD

Apa Kata Media

Sembang media: 9 Oktober

Berita Pasukan Utama

City dicalon untuk empat anugerah Liga Perdana