quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Aguero dijangka kembali lawan Stoke

UPDATE: The boss faced the media on Friday ahead of the game with Stoke City

UPDATE: The boss faced the media on Friday ahead of the game with Stoke City

Penyerang Manchester City, Sergio Aguero dalam pemilihan skuad untuk menentang Stoke City hari Sabtu.

Pemain Argentina itu telah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan mengalami patah tulang rusuk sebelum pasukan Pep Guardiola bertandang di Stamford Bridge dalam kemenangan 1-0 ke atas Chelsea.

Namun Kun kembali berlatih penuh hari Khamis dan meskipun tidak cergas sepenuhnya, Pep mengatakan penyerang itu kemungkinan akan diturunkan menentang pasukan kendalian Mark Hughes.

“Aguero telah mula berlatih selepas apa yang berlaku, dia berlatih agak bagus. Diharap dia akan dapat kembali beraksi secepat mungkin.

“Mungkin menentang Stoke. Hari ini (Jumaat), dalam perlawanan terakhir kami akan lihat. Dia masih belum cergas sepenuhnya tapi pulih dengan baik.

“Kami akan lihat. Kami gembira dia kembali berlatih.”

Sementara itu Guardiola menjelaskan yang Vincent Kompany masih belum cergas sepenuhnya untuk kembali beraksi semula.

Related image

 

Kapten City itu mengalami kecederaan pangkal paha ketika bermain untuk Belgium pada akhir bulan Ogos dan masih belum bermain semenjak kemenangan 2-1 di Bournemouth.

Keadaanya semakin bertambah baik namun Guardiola mengatakan perlawanan menentang Stoke masih terlalu awal untuknya terlibat.

“Dia bertambah-tambah baik tapi masih cedera, diharap ia bahagian akhir.

“Ia bergantung pada dirinya bola dia akan kembali. Dia akan maklumkan kami.”

Mengulas anugerah Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris untuk bulan September yang dimenanginya Pep mengatakan; "Ia sesuatu yang bagus memenangu anugerah ini namun pujian harus diberikan untuk para pemain yang beraksi di gelanggang."

* Perlawanan menentang Stoke City akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Sabtu 14 Oktober jam 3 petang UK bersamaan pukul 10 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung di Astro 811/833.

Berita Pasukan Utama

Pep dinobat Pengurus Terbaik September

Galeri Foto

Kembali bertugas! Persiapan hadapi Stoke

Berita Pasukan Utama

De Bruyne menang anugerah Pemain Terbaik Etihad