quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep dinobat Pengurus Terbaik September

PERFECT: Pep Guardiola has been recognised for City's fine September that saw them win all four of their Premier League fixtures

PERFECT: Pep Guardiola has been recognised for City's fine September that saw them win all four of their Premier League fixtures

Bos Manchester City, Pep Guardiola dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris untuk bulan September.

Guardiola membimbing pasukannya untuk mencatat kemenangan semua empat perlawanan liga bulan lalu dengan mengumpul 17 gol tanpa bolos.

Mereka mengalahkan Liverpool 5-0, Watford 6-0 dan Crystal Palace 5-0 sebelum meraih kemenangan berharga 1-0 di Stamford Bridge ke atas juara bertahan, Chelsea.

City kini di kedudukan teratas carta Liga Perdana dengan kelebihan gol dari Manchester United selepas tujuh perlawanan.

Ia merupakan permulaan kempen cemerlang buat City. Dalam 10 perlawanan di kesemua kejohanan, mereka mencatat sembilan kemenangan dan seri satu dengan menjaringkan 30 gol.

Dalam bulan September sahaja, mereka menang kesemua tujuh perlawanan, menghasilkan 25 gol dan hanya terbolos satu.

Related image

Selain mendahulu Liga Perdana mereka juga di kedudukan teratas Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah dengan meraih kemenangan dalam dua perlawanan pertama dan mara ke pusingan 16 akhir Piala Carabao (Piala Liga).

Image result for pep guardiola celebration city 5-0 liverpool

Pep menewaskan tiga calon lagi iaitu Jose Mourinho, Mauricio Pochettino dan Arsene Wenger. Ia merupakan anugerah kedua buat Pep selepas memenanginya buat pertama kali pada Februari 2017 di musim pertamanya bersama City.

Setiap kami di Manchester City mengucapkan tahniah buat Pep dan seluruh pembantunya atas anugerah yang selayaknya.

Galeri Foto

Kembali bertugas! Persiapan hadapi Stoke

Berita Pasukan Utama

De Bruyne menang anugerah Pemain Terbaik Etihad

Berita Pasukan Utama

Saluran TV manakah yang akan menyiarkan perlawanan