quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Bukan Semua Tentang Bola: KDB, Kyle dan Mendy

Not all about Football 1

Not all about Football 1

Bagi peminat bola selain kelab yang diminati, faktor pemain turut menjadi faktor penarik namun mungkin ramai tanpa sedari para pemain bola juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan sama seperti kita semua.

Melalui ruangan pengenalan Bukan Semua Tentang Bola (BSTB) untuk para peminat bola khususnya penyokong Manchester City berbahasa Melayu, kami cuba singkap apa yang berlaku dari sikap, kelakuan dan reaksi positif para pemain City yang membuktikan sukan bola sepak tidak segalanya bersekitar tentang bola tapi juga membawa misi dan mesej kemanusiaan, persahabatan, hubungan kekeluargaan dan kasih sayang.

De Bruyne dan jersi

Kisah pertama membawa kita sejurus selepas City memenangi perlawanan pusingan keempat Piala Carabao dengan menewaskan Wolves minggu lalu melalui sepakan penalti penentuan selepas diikat seri tanpa jaringan selama 120 minit.

Image result for kevin de bruyne vs wolves carabao cup

Semasa para pemain kedua-dua pasukan memasuki terowong Kevin De Bruyne telah disapa oleh pemain muda Wolves kelahiran Rochdale, England namun mewakili pasukan kebangsaan Ireland mengikut asal negara ayahnya.

Ia merupakan penampilan pertama Connor yang berusia 19 tahun untuk Wolves yang begitu menyerlah sebagai pemain gantian. Beliau telah meminta De Bruyne menukar jersi namun KDB bergegas masuk ke terowong bersama pasukan.

Tanpa disangkanya semasa di dalam terowong pemain tengah Belgium itu menghampirinya, Connor tergamam kerana tidak disangka pemain sehebat De Bruyne melayannya dengan beliau terlebih dahulu menghulurkan jersi kepadanya untuk ditukar.

Image result for connor ronan wolves carabao cup

Sikap De Bruyne menerima pujian ramai terutama para penyokong Wolves dan Ireland malah menjadi tular di media sosial sehingga ada yang berjenaka Ireland perlu mengisytiharkan cuti umum berikutan penampilan cemerlang Connor dan De Bruyne akan membingkaikan jersi Connor dan menggantungkannya di dinding rumahnya!

Ketika ditanya wartawan, Connor mendedahkan rasa terharu dengan sikap De Bruyne dan mengatakan jersi tersebut adalah permintaan adiknya yang merupakan peminat tegar Manchester City dengan ahli keluarganya yang lain penyokong kelab jiran, Manchester United. Bertuah adik Connor ada abang sebaiknya!

Image result for connor ronan wolves carabao cup

De Bruyne yang begitu cemerlang prestasinya musim ini di bawah posisi baru mendapat pujian pengulas sukan dan media sehingga ada mengibaratkan beliau sebagai pelukis terkenal dengan lakaran indah di kanvas semasa melakukan hantaran-hantaran yang mengasyikkan.

Malah diwar-warkan pihak kelab akan menawarkan gaji termahal kelab kepada De Bruyne dan melanjutkan kontrak supaya beliau kekal lama bersama City dengan nilai harganya kini berlipat kali ganda dari harga pembelian awal semasa berpindah ke Stadium Etihad dua tahun lalu.

Image result for kevin de bruyne pep 2017/18

Kyle Walker inspirasi anak muda

Kisah kedua pula membawa kita kepada pemain pertahanan City, Kyle Walker yang begitu menyerlah di bawah bimbingan Pep selepas berpindah dari Spurs pada musim panas.

Walker yang sering digandingkan dengan John Stones telah menambah kekuatan pertahanan City pada musim ini dengan City hanya terbolos 6 gol dalam Liga Perdana Inggeris berbanding 35 gol yang dihasilkan. Beliau turut menjadi antara pemain pertahanan yang membantu jaringan terbanyak dalam liga dengan tiga bantuan jaringan dan lima di kesemua kejohanan.

Image result for kyle walker city celebrate aguero

Kyle yang lahir di Sheffield Yorkshire mendedahkan semasa umur 15 tahun beliau hampir putus asa untuk meneruskan impian sebagai pemain bola profesional kerana faktor kewangan dan persaingan yang sengit.

Namun dengan nasihat dan kata-kata semangat ibunya, beliau meneruskan cita-citanya apabila menjadi penerima biasiswa tambahan di Akademi Bola bersama Sheffield United apabila kelab tersebut berkebetulan di promosi ke Liga Perdana pada musim tersebut.

Image result for kyle walker sheffield united academy

Beliau merasa begitu terhutang budi kepada ibunya kerana sekiranya beliau tetap dengan keputusannya untuk tidak meneruskan cita-cita sebagai pemain bola profesional beliau tidak tidak tahu bagaimana nasibnya hari ini.

Image result for kyle walker parents

Salah seorang bapa membalas mesej video yang dipos Kyle di akaun Twitternya mengatakan anaknya yang berusia 15 tahun turut menghadapi dilemma sama sebagaimana Kyle sewaktu dulu.

Tanpa disangka, Kyle membalas mesej tersebut, malah beliau menawarkan untuk bercakap sendiri melalui telefon untuk memberi nasihat secara peribadi kepada remaja tersebut.

Ia telah memberi semangat kepada remaja tersebut yang bernama Joe apabila mengetahui kisah yang dilalui Kyle menjadi inspirasi untuknya dan bapa tersebut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Kyle yang telah berjaya merubah pendirian anaknya untuk meneruskan cita-citanya.

Kyle menjawab: “Bola sepak adalah satu sukan penuh emosi dengan ada masa senang dan sukar. Semoga berjaya Joe! Terus percayakan diri”

Image result for kyle walker city celebrate aguero

Walau ia hanya sekadar berbalas mesej di Twitter, ia amat besar bagi seorang peminat biasa apabila mendapat perhatian dari seorang pemain ternama secara peribadi. Ia mungkin boleh menukar masa depan seorang remaja yang pasti akan dihargai suatu hari nanti.

Mendy pencetus keakraban

Kisah ketiga pula tentang Benjamin Mendy yang menjadi antara Raja Media Sosial dalam dunia bola sepak, malah pengikut akaun Twitter dan Instagramnya bukan sahaja dari kalangan peminat City tapi juga dari penyokong kelab-kelab bola sepak lain.

Mendy yang menyertai City dari Monaco terpaksa direhatkan agak lama selepas mengalami kecederaan ligamen lutut semasa kemenangan 5-0 ke atas Crystal Palace bulan September.

Namun Citizens tetap merasa kehadirannya yang tidak putus memberi semangat kepada rakan-rakan sepasukan dan peranannya dalam mengeratkan hubungan antara para pemain.

Penjenamaan pasukan City sebagai ‘Shark Team’ turut mendapat sambutan para peminat City sehingga ramai yang mula hadir di Stadium Etihad dengan pelampung ikan jerung!

Beliau turut mendapat pujian dari bos, Pep Guardiola dengan peranannya melalui cara tersendiri kerana pemain yang cedera lama kebiasaannya merasa keseorangan dan terasing, namun dengan keaktifannya di media sosial, para peminat tidak merasa kehilangan dan ketiadaan Mendy.

Mendy mendedahkan yang beliau sebelum ini sering bergurau dengan bekas rakan-rakan sepasukan Monaco dalam WhatsApp dengan kumpulan dinamakan sebagai ‘Monaco Champions’ selepas mereka menjuarai Ligue 1 Perancis musim lalu.

Setiba di Stadium Etihad, beliau mewujudkan kumpulan WhatsApp ‘Man City’ dengan harapan akan ditukar kepada 'Man City Champions' di akhir musim nanti. Beliau sering menyakat dan berbalas guraun terutama dengan Kyle Walker dan Bernardo Silva, dan rakan-rakan lain turut menyampuk termasuk Leroy Sane, Raheem Sterling dan Ederson.

Related image

Ia tidak secara langsung telah mewujudkan suasana harmoni di kalangan para pemain yang melahirkan permainan memberangsangkan semasa perlawanan dengan kerjasama berpasukan dari awal musim.

Mendy mengatakan beliau turut berjaya merubah sikap sesetengah pemain yang berlainan bangsa dan bahasa dengan latar belakang berbeza menjadi lebih akrab.

Image result for benjamin mendy walker

“Saya telah melatih Bernardo turut menjadi lucu berbanding dia yang saya kenali sebelum ini seorang yang pendiam dan pemalu. Satu hari beliau telah melontar keropok kentang jenama Walkers ke muka Kyle Walker!”.

Itu antara rahsia hubungan erat di luar padang turut membawa kesan positif di atas padang dan pengaruh aura positif seorang pemain kepada seluruh pasukan! Terima kasih Mendy semoga lekas sembuh..

Berita Pasukan Utama

Pep gembira dengan kemenangan di West Brom

Laporan Perlawanan

City raih tiga mata penuh di The Hawthorns

West Brom v City EPL

City kekal di puncak carta Liga Perdana Inggeris dengan jarak lima mata selepas mengalahkan West Brom 3-2 di The Hawthorns petang Sabtu.

Laporan perlawanan West Brom 2 Man City 3

Previu Perlawanan

Ikuti kami langsung di Twitter!

city v west brom

Selepas mencatat rekod kemenangan 12 perlawanan berturutan, City menyasarkan melanjutkan rekod tersebut dalam kunjungan ke West Bromwich Albion. Berikut segala yang anda perlu tahu.

Segala yang anda perlu tahu tentang perlawanan Man City menentang West Brom.