quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami bukan sasar sekadar seri lawan Napoli

PEP TALK: Guardiola says his side are still developing

PEP TALK: Guardiola says his side are still developing

Pep Guardiola telah melahirkan rasa kegembiraannya menjadi pengurus Manchester City.

Pada sidang media di Naples sehari sebelum pertembungan dengan tuan rumah Napoli dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, Pep mengatakan yang skuadnya masih dalam proses pembangunan.

City masih belum kalah musim ini selepas 15 perlawanan di kesemua kejohanan dan menang 13 perlawanan berturut-turut, satu pencapaian rekod baru kelab.

Namun Guardiola selaku pengurus yang menjuarai dua kali Liga Juara-Juara bersama FC Barcelona percaya yang pasukannya masih banyak tugasan perlu dilakukan sebelum mereka menjadi pasukan elit.

Related image

“Saya merasa satu penghargaan berada di sini sebagai pengurus, kami hadapi dua perlawanan sukar di tempat lawan dalam Kumpulan F.

“Perlawanan ini tentang menghormati lawan jadi tidak pernah ada perasaan gentar. Kami satu pasukan muda, kami tidak berkongsi sejarah sama seperti pasukan-pasukan lain.

“Saya amat gembira. Cara kami menang, bagaimana kami bertarung tanpa bola. Ia satu proses , namun kami jauh lagi kerana ia hanyalah bulan Oktober.”

Image result for manchester city celebration win v napoli

City tahu keputusan seri di Naples akan menjamim mereka menduduki dua tempat teratas Kumpulan F, cukup untuk mereka melayari ke peringkat 16 akhir.

Namun Guardiola berkata yang pasukannya hanya tahu satu jalan.

“Mengapa kami bermain untuk seri jika kami boleh pergi untuk menang?

“Esok kami ada cabaran besar. Terdapat ketikanya kami perlu bertahan seperti tidak pernah dilakukan sebelum ini dan saya akan lihat bagaimana pasukan ini akan bereaksi.”

Sementara itu, pengurus turut memuji sumbangan David Silva semenjak beliau menjadi bos musim panas 2016.

Dia percaya yang Silva adalah kunci kepada cara beliau ingin City bermain, dengan intensiti yang tinggi dan hantaran cantik.

“Saya percaya ia mustahil untuk bermain dengan bagus jika bola tidak dihantar ke bahagian tengah.

Image result for david silva 2017/18

“David adalah pakar. Dia berdiri di sana dan kelihatan agak pemalu tapi berlari di padang dengan personaliti besar.

“Dia adalah legenda untuk kelab kami.

“Ia tentu hebat jika dapat menariknya semasa di Barcelona tapi ketika itu dia terlalu mahal”

* Perlawanan menentang Napoli, peringkat Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah akan berlangsung di Stadio Sao Paolo, Naples pada jamm 7.45 malam waktu UK, Rabu 1 November bersamaan pukul 3.45 pagi Khamis 2 November waktu Malaysia. Siaran langsung di saluran Astro Arena 801/802 HD.

Galeri Foto

Persiapan sebelum menggempur Napoli

Berita Pasukan Utama

Senarai skuad City lawan Napoli

LEADING MAN: David Silva puts City on the front-foot again

Rombongan pemain Manchester City untuk perlawanan keempat peringkat Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah menentang Napoli telah disahkan.

Berita Pasukan Utama

Rangkuman statistik rekod baru City