quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Blues di pentas antarabangsa; siapa dan ke mana?

world cup 2018

world cup 2018

Tujuh belas pemain Manchester City telah dipanggil oleh pasukan negara masing-masing untuk tugasan antarabangsa dan 15 dijangka beraksi.

Brazil dan England paling ramai diwakili oleh skuad Pep Guardiola dengan empat pemain Manchester City setiap pasukan.

Raheem Sterling, John Stones , Kyle Walker dan Joe Hart kekal dalam skuad kendalian Gareth Southgate untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Slovenia dan Lithuania.

Fabian Delph turut telah dipanggil sejak kali terakhir November 2015, namun terpaksa menarik diri di saat-saat akhir berikutan gagal lulus ujian kecergasan dan kembali ke Manchester untuk diperiksa lanjut oleh doktor perubatan kelab.

Image result for england squad world cup qualifiers

Sekiranya Stones tampil dalam kedua-dua perlawanan dan Walker akan menjadikan penampilan ke-20 dan ke-30 untuk pasukan Three Lions.

Image result for danilo brazil

Danilo, Ederson, Fernandinho dan Gabriel Jesus kesemuanya termasuk dalam pasukan bimbingan Tite untuk menghadapi Ecuador dan Chile, dan ia kemungkinan akan menjadi penampilan pertama penjaga gawang City untuk pasukan senior Brazil.

Image result for gabriel jesus fernandinho brazil

Brazil yang kini berada di kedudukan teratas kelayakan Piala Dunia 2018 peringkat kumpulan Amerika Selatan telah menjamin tempat ke Rusia, namun nasib belum pasti buat Chile.

Image result for ederson man city

Pasukan Chile telah memanggil penjaga gol Claudio Bravo untuk menghadapi Ecuador dan Brazil dan mereka perlu memperbaiki kedudukan mereka di tempat keenam untuk menjamin tempat ke Piala Dunia tahun depan.

Image result for claudio bravo chile

Sementara Argentina akan tanpa Sergio Aguero untuk menghadapi Ecuador dan Peru, namun Nicolas Otamendi telah dipanggil oleh Jorge Sampaoli yang kini di kedudukan kelima dan memerlukan perlawanan penentuan (play-off) sekiranya kedudukan tidak berubah.

Image result for otamendi argentina celebration

Manakala di peringkat Eropah, Kevin De Bruyne dan Vincent Kompany kedua-duanya dipanggil skuad Belgium yang telah menjamin tempat mereka ke Piala Dunia 2018.

Image result for kevin de bruyne belgium celebration

Namun Guardiola telah mendedahkan yang beliau telah bercakap dengan Roberto Martinez yang kapten City tidak akan terlibat dalam perlawanan menentang Bosnia dan Cyprus.

Related image

Sementara Leroy Sane (Jerman), Bernardo Silva (Portugal), David Silva (Sepanyol) dan Oleksandr Zinchenko (Ukraine) akan mewakili negara masing-masing.

Image result for leroy sane germany

Bernardo sekiranya diturunkan nanti akan menjadi penampilan ke-20 buat Portugal yang telah menjamin tempat sekurang-kurangnya perlawanan penentuan, begitu juga Sane dan Silva.

Image result for bernardo silva portugal 2017

Manakala dalam kelayakan Piala Dunia Bawah-17 Phil Foden akan terbang ke India bersama Curtis Anderson dan Joel Latibeuadiere di bawah bimbingan Steve Cooper untuk menentang Chile pada hari Ahad 8 Oktober.

Image result for phil foden england u17 2017

 

Senarai pemain dipanggil dan jadual perlawanan

England (5) : Raheem Sterling, Kyle Walker, John Stones, Joe Hart, Fabian Delph (tarik diri)

Jadual: England vs Slovenia (5 Oktober), Lithuania vs England (8 Oktober)

 

Brazil (4): Gabriel Jesus, Fernandiho, Danilo, Ederson

Jadual: Bolivia vs Brazil (5 Oktober), Brazil vs Chile (11 Oktober)

 

Argentina (1): Nicolas Otamendi

Jadual: Ecuador vs Peru (6 Oktober), Ecuador vs Argentina (11 Oktober)

 

Chile (1): Claudio Bravo

Jadual: Chile vs Ecuador (6 Oktober), Brazil vs Chile (11 Oktober)

Belgium (2): Kevin De Bruyne, Vincent Kompany (tidak beraksi)

Jadual: Bosnia Herzegovina vs Belgium (7 Oktober), Belgium vs Cyprus (10 Oktober)

 

Sepanyol (1): David Silva

Jadual: Sepanyol vs Albania (6 Oktober), Israel vs Sepanyol (9 Oktober)

 

Jerman (1): Leroy Sane

Jadual: Ireland Utara vs Jerman (5 Oktober), Jerman vs Azerbaijan (8 Oktober)

 

Portugal (1): Bernardo Silva

Jadual: Andorra vs Portugal (7 Oktober), Portugal vs Switzerland (10 Oktober)

 

Ukraine (1): Zinchenko

Jadual: Kosovo vs Ukraine (6 Oktober), Ukraine vs Croatia (9 Oktober)

 

Kami akan bawakan perkembangan para pemain Manchester City sepanjang rehat antarabangsa dua minggu ini di my.mancity.com dan @ManCityMAS.

Berita Pasukan Utama

Delph tarik diri dari skuad England

Berita Pasukan Utama

Pep dedikasikan kemenangan buat Mendy dan Aguero

Pep Guardiola telah mendedikasikan kemenangan indah Manchester City ke atas Chelsea di Stamford Bridge buat dua bintangnya yang cedera.

Reaksi Pep Guardiola seusai kemenangan Man City 1-0 ke atas Chelsea...

Laporan Perlawanan

City tawan Stamford Bridge

 Bagaimana prestasi Manchester City setakat ini!

Manchester City mempamerkan permainan antara terbaik musim ini untuk membawa pulang tiga mata penuh dari London selepas menewaskan juara bertahan liga, Chelsea 1-0 petang Sabtu.

Laporan perlawanan Chelsea 0 Manchester City 1