quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Bravo berhak atas permainan ini

LEADING MAN: City manager Pep Guardiola looks on

LEADING MAN: City manager Pep Guardiola looks on

Pep Guardiola mengumumkan yang penjaga gol Claudio Bravo berhak mendapat pujian berikutan penyelamatan penaltinya di pusingan keempat Piala Carabao melawan Wolves.

Penjaga gawang Chile tampil buat kali ketiga musim ini melakukan penyelamatan semasa situasi satu lawan satu di masa biasa sebelum menerkam dua sepakan penalti penentuan Wolves selepas diikat tanpa jaringan di masa tambahan.

“Ia amat sengit, kami berpeluang di separuh masa pertama kemudian di babak kedua kami tewas dalam beberapa serangan balas mereka, Wolves amat pantas dalam melakukan serangan balas.

Photo published for Pep: “Claudio lo merecía”

“Hari ini Claudia telah memberi kami peluang untuk mara seterusnya, saya amat gembira untuknya, cara beliau berlatih, beliau telah bermain dengan bagus dalam permainan ini dan semasa penalti penentuan.

“Kini saya faham betapa sukarnya perkara-perkara sebegini. Kejohanan ini amat rumit, ia boleh membawa anda lari dari rentak permainan kebiasaan.”

“Musim lalu ia tidak mudah buat Claudio, tapi dia seorang penjaga gol di tahap tinggi, ia mustahil bermain untuk Barca, Chile, tanpa kualiti ini..dia berhak atas persembahan permainan ini.”

Dalam perlawanan ramai yang menjangkakan Sergio Aguero akan memecah rekod sebagai penjaring gol terbanyak kelab, Bravo telah memberi penonjolan berbeza.

Namun Guardiola yakin yang penyerang Argentina itu akan melakukannya tidak lama lagi.

“Lambat laun dia akan jaringkan gol, bertenang, dia akan pecahkan rekod, ia akan berlaku.”

Guardiola telah mengesahkan yang Ilkay Gundogan telah mengakhiri perlawanan dengan kecederaan dengan ujian lanjut akan dilakukan hari Rabu.

Galeri Foto

Persediaan bertemu Wolverhampton Wanderers

Previu Perlawanan

Ikuti kami langsung di Twitter!

City v Wolves

Segala yang anda perlu tahu menjelang pertemuan Manchester City dengan Wolverhampton Wanderers dalam pusingan keempat Piala Carabao.

Previu perlawanan peringkat 16 akhir Piala Liga antara Manchester City dan Wolverhampton Wanderers..

Laporan Perlawanan

City tundukkan pelawat Burnley di Etihad

BLUE HEAVEN: Sergio Aguero celebrates after firing home his penalty

Manchester City City meraih kemenangan berharga 3-0 ke atas Burnley untuk menyamai rekod terbaik kelab 11 kemenangan berturut-turut.

Laporan perlawanan Manchester City 3 Burnley 0