quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Ia merupakan permainan terbaik City

PURE JOY: Pep Guardiola can't contain his delight after City's third goal

PURE JOY: Pep Guardiola can't contain his delight after City's third goal

Pep Guardiola mengatakan kemenangan City 7-2 ke atas Stoke adalah persembahan terbaik pasukannya sejak ketibaannya di Stadium Etihad.

The Citizens mendahului the Potters dengan tiga gol dalam masa 10 minit separuh masa pertama, dan menambah tiga gol lagi dalam masa tujuh minit setengah di babak kedua sebelum Bernardo Silva melengkapkan gol ketujuh di minit-minit akhir perlawanan.

“Sentiasa anda boleh lakukan lebih baik tapi saya tidak dapat nafikan hari ini merupakan permainan terbaik semenjak saya tiba di sini,” ujar Pep.

Image result for city 7-2 stoke

“Kami telah bermain dengan laju dan mudah. Setiap pemain ingin menyentuh bola dan memberikan kami hantaran tambahan. Kami mempunyai kualiti bahagian tengah dan sayap.

“Saya amat gembira dengan kemenangan ini dan jutaan tahniah atas para pemain saya.”

Apabila ditanya mengapa pasukannya mencapai tahap ‘pemusnah’ musim ini, beliau berkata: “Apa yang telah berubah semenjak tahun lalu? Kami mengenali satu sama lain lebih baik, saya kenal para pemain saya dan tahu Liga Perdana Inggeris dengan lebih bagus, dan bagaimana untuk ‘menghancurkan’ lawan.

Image result for bernardo silva city 7-2 stoke

“Kami telah bermain dengan bagus. Musim lalu ketika kami menentang Everton kami tidak menang meskipun diberi peluang dua sepakan penalti – musim ini keyakinan begitu tinggi dan setiap pemain percaya yang kami akan hasilkan gol.

“Mengalahkan Liverpool 5-0 penting untuk keyakinan kami dan kami tahu jika kami dapat memenangi perlawanan-perlawanan ini di tempat sendiri kami kami berada di puncak carta dan kami telah bermula dengan baik selepas rehat antarabangsa untuk kekal mendahului liga.”

Guardiola turut memberi pujian khas buat Kevin De Bruyne yang memperagakan permainan memukau dari mula hingga tamat menentang Stoke

Image result for bernardo silva city 7-2 stoke

“Kevin tidak menjaringkan gol tapi beliau begitu dinamik dan memahami permainan. Beliau melakukan hantaran tepat dengan rentak yang apabila dia mengawal bola berhampiran dengan kawasan penalti, rakan-rakan sepasukannya tahu yang bola tiba.

“Saya seorang penonton juga seorang pengurus dan saya seronok menyaksikannya bermain.

“Dia seorang pemain berbakat besar. Dia bergerak ke posisi-posisi yang menyusahkan lawan-lawan kami. Namun semua pemain dalam pasukan bermain dengan bagus dengan menghasilkan tujuh gol.

Image result for bernardo silva city 7-2 stoke

“Saya di sini untuk menang, bukan untuk menghibur. Saya mahu menang. Malah ketika kami tidak menang musim lalu, saya mahu memperbaiki idea-idea ada tapi saya di sini untuk menang, cara kami ingin bermain adalah seperti hari ini.

“Kami telah menjaringkan tujuh gol menentang Stoke dan sudah tentu saya gembira sebagaimana para peminat kami.

Image result for city 7-2 stoke pep

Pada hari Selasa ini kami akan menghadapi salah satu pasukan terbaik di Eropah kini dan kami mahu para penyokong hadir, kami ingin menang untuk mara seterusnya.

“Kami terbolos dua gol tapi kami telah menjaringkan tujuh gold an mencipta begitu banyak peluang dan itulah yang kami mahukan. Kami gembira berupaya melakukannya.”

Laporan Perlawanan

City belasah Stoke 7-2 di Etihad

BRAZILIAN BLEND: The City players celebrate after Fernandinho's stunner

City meneruskan prestasi cemerlang sebagaimana sebelum rehat antarabangsa kali ini dengan membelasah Stoke 7-2 di Stadium Etihad.

Laporan perlawanan Liga Perdana Inggeris Man City 7 Stoke City 2

Previu Perlawanan

Segala yang anda perlu tahu: City vs Stoke

Berita Pasukan Utama

Aguero dijangka kembali lawan Stoke