quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Ia menjanjikan pertemuan menarik lawan Napoli

Pep Napoli Presser

Pep Napoli Presser

Sergio Aguero kemungkinan akan kembali dalam kesebelasan utama menentang Napoli malam Rabu selepas berlatih dengan cukup bagus.

Aguero telah diletakkan di bangku simpanan melawan Stoke City hari Sabtu namun tidak diturunkan beraksi berikutan masih dalam proses pemulihan dari kecederaan patah tulang rusuk akibat kemalangan jalanraya akhir bulan lalu.

“Hari demi hari Aguero bertambah baik, kelmarin (Ahad) beliau menjalani latihan dengan cukup bagus.

“Hari sebelum perlawanan menentang Stoke keadaannya baik tapi tidak sepenuhnya, kelmarin amat bagus sekali.

City mencatat prestasi memberangsangkan pada masa sekarang namun begitu juga pasukan pelawat, Napoli di bawah kendalian Maurizio Sarri yang masih tidak kalah dalam lapan perlawanan liga tempatan mendahului Serie A dan mengumpul 26 gol.

Image result for maurizio sarri napoli team

Ia menjadikan pertembungan kedua-dua pendahulu liga Eropah dalam perlawanan ketiga Kumpulan F, Liga Juara-Juara bertambah menarik.

“Saya pasti ia akan menjanjikan perlawanan menarik, diharap para peminat kami akan datang membantu kami, memberi sokongan.

“Napoli melakukan banyak perkara, dan semua perkara mereka lakukan, dilakukan dengan sempurna.

“Mereka bukanlah satu pasukan yang akan menunggu, mereka akan mara ke hadapan dan boleh mencipta peluang dari bahagian tengah atau luar petak penalti.”

Menyentuh prestasi Kevin De Bruyne yang mendapat pujian media, pengulas sukan dan ramai peminat bola, Pep memperakui: “De Bruyne adalah pemain terbaik Eropah, piawai satu.

Image result for pep guardiola kevin de bruyne

“Saya akan cuba membantunya segala yang saya mampu untuk beliau mencapai tahap yang setinggi mungkin.

Apabila ditanya wartawan sama ada pasukannya kini telah mencapai tahap tertinggi yang dikehendaki dengan meraih kemenangan 10 dari 11 perlawanan di kesemua kejohanan musim ini dengan menghasilkan 37 gol, Pep menjawab.

“Kami sentiasa boleh lakukan dengan lebih baik lagi, jika kami fikir kami telah capai tahap tertinggi sekarang dan tugas telah selesai, ia satu kesilapan.”

*Perlawanan menentang Napoli akan berlangsung di Stadium Etihad hari Selasa, 17 Oktober 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 2.45 pagi Rabu waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung di saluran Astro 810/831 HD.

 

 

 

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Ia merupakan permainan terbaik City

Laporan Perlawanan

City belasah Stoke 7-2 di Etihad

BRAZILIAN BLEND: The City players celebrate after Fernandinho's stunner

City meneruskan prestasi cemerlang sebagaimana sebelum rehat antarabangsa kali ini dengan membelasah Stoke 7-2 di Stadium Etihad.

Laporan perlawanan Liga Perdana Inggeris Man City 7 Stoke City 2

Previu Perlawanan

Segala yang anda perlu tahu: City vs Stoke