quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Perancangan permainan gembirakan Pep

DECISION TIME: Pep Guardiola points it out to City

DECISION TIME: Pep Guardiola points it out to City

Pep Guardiola memuji perancangan permainan City dalam kemenangan 3-0 ke atas Burnley hari Sabtu di Stadium Etihad.

Sepakan penalti Sergio Aguero minit ke-30 membawa City mendahului di babak pertama sebelum tandukan gol Nicolas Otamendi dan gol Leroy Sane di separuh masa kedua memberi satu lagi kemenangan tanpa bolos buat Citizens dan membawa mereka unggul di puncak carta Liga Perdana Inggeris dengan jarak 5 mata.

Guardiola gembira menyaksikan pasukannya kekal dengan perancangan permainan mereka meskipun bergelut untuk merungkaikan benteng pertahanan pelawat yang utuh.

“Burnley telah memenangi beberapa perlawanan hebat musim ini, fizikal mereka mengagumkan. Mereka satu pasukan dengan etika kerja yang unggul.

TOUR DE FORCE: Kevin De Bruyne takes the game to the Burnley defence

“Jika orang datang ke sini memikirkan selepas 20 minit kami akan menang 5-0, ia tidak akan berlaku.

“Selepas bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah pada pertengahan minggu, ia amat mencabar buat kami kerana kejohahan tersebut menuntut tinggi dari segi mental dan fizikal.

“Kami telah mencipta cukup peluang dan bertahan dengan bagus sekali. Kami tidak terlepas peluang-peluang tersebut.

LEADING MAN: Skipper David Silva gets stuck in for City

“Musim lalu ketika mendahului 1-0, mungkin kami merasa lebih gementar dengan kurang kawalan.

“Pada kali ini, kami tidak mempunyai perasaan itu lagi, namun para pemain turut sedar kami boleh kalah. Setiap minit dalam perlawanan, kami perlu lakukan apa yang telah dirancang.

“Keyakinan kami akan bertambah dan kami boleh terus memenangi perlawanan-perlawanan.

PEP TALK: Pep Guardiola gets his point across to Leroy Sane

“Pada separuh masa kedua, kami telah bermain amat bagus dari segi pengawalan permainan.

“Kami stabil, kami telah mencipta lebih banyak peluang dan menjaringkan gol pada masa yang tepat. Kami berada di kawasan yang kami patut kami berada. Ia tiga lagi mata dan kami gembira.”

Sepakan penalti Aguero merupakan gol ke-177 penyerang Argentina tersebut buat City semenjak berpindah dari Atletico Madrid musim panas 2010 dan ia menyamai rekod penjaring gol terbanyak kelab yang dipegang Eric Brook semenjak tahun 1938.

WHAT A SMACKER: Sergio Aguero celebrates his penalty strike

Guardiola melahirkan rasa gembira atas prestasi penyerangnya itu sekembali dari kecederaan hampir sebulan dan ditempatkan di bangku simpanan sejak dua perlawanan terakhir.

“Beliau terlepas tiga perlawanan, dia telah bermain beberapa minit hari ini dan mungkin hari Selasa ini.

“Ia penting untuknya menyamai rekod tersebut secepat mungkin. Apabila beliau memecah rekod baru nanti, ia akan menjadi sesuatu yang istimewa.

“Dia sepatutnya menghargai kami semua! Dia patut menjemput kami makan malam bersamanya mungkin! Satu lagi gol…ia akan berlaku tidak lama lagi.

LETHAL WEAPON: Sergio wheels away in triumph after his penalty

“Ia amat penting untuknya dan juga kelab ini. Kami amat gembira menjadi sebahagian dari detik indah ini bersamanya.”

Guardiola turut memberi pujian khas kepada barisan pertahanannya terutama John Stones.

“Persembahan permainannya dan Nico pada bulan lalu pada tahap tertinggi.

“Semasa di Everton, beliau bermain sekali seminggu. Dia menanganinya dengan bagus bersama kami dengan bermain setiap tiga hari.

“Dia cergas dan fokus. Kami percaya dia dapat mencapai satu tahap lagi. Dia seorang yang berjiwa kental dan berpesonaliti besar.

“Dia memenangi setiap pertarungan dan kami amat gembira atas prestasi permainannya.”

ACTION MAN: Ederson clears the danger for City in spectacular style

Kemenangan tersebut dengan kekalahan Manchester United di Huddersfield telah membawa City berjarak lima mata di puncak carta Liga Perdana Inggeris, namun Guardiola tidak ingin mendabik dada.

Image result for city 3-0 burnley celebration

“Bulan Mei barulah ia penting, bulan Oktober ia tidak begitu penting.

“Kami telah menang 11 perlawanan berturut-turut kini. Ia bermakna kami berupaya memenangi banyak perlawanan.

Image result for pep guardiola city 3-0 burnley

“Kami di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah , namun tahun lalu kami telah memenangi sepuluh perlawanan berturut-turut dan tetap tidak menjuarai liga.

“Kami perlu kekalkan rentak ini, kekal fokus dan terus bermain permainan kami.”

Previu Perlawanan

Ikuti langsung di Twitter!

Manchester City akan meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris dalam sasaran memperkukuhkan kedudukan sebagai pendahulu dengan menerima kunjungan Burnley. Berikut segala yang anda perlu tahu…

Segala yang anda perlu tahu tentang Manchester City lawan Burnley...

Galeri Foto

Persiapan bertemu Burnley

Berita Pasukan Utama

Perubahan jadual EPL bulan Disember