quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Rangkuman statistik rekod baru City

aguero liverpool

aguero liverpool

Ia permulaan musim yang cemerlang buat Manchester City setakat ini.

Pasukan Pep Guardiola telah bermain 15 perlawanan di kesemua kejohanan musim ini sebelum bertandang di Stadio Sao Paolo menentang Napoli malam Khamis.

Semua kejohanan

Dalam kesemua perlawanan, City masih tidak kalah dengan meraih 14 kemenangan dan hanya 1 seri dengan mengumpul sjeumlah 45 gol, dengan purata 3 gol setiap perlawanan.

Dari akhir musim lalu, City kini tanpa kalah dalam 21 perlawanan di kesemua kejohanan, satu reko baru kelab.

Image result for aguero celebrate man city 2017/18

City kini menang 13 perlawanan berturut-turut, satu lagi rekod baru kelab.

Citizens kini menyamai rekod terbaik kelab kemenangan 6 perlawanan berturut-turut di laman lawan semasa mengalahkan West Brom 3-2 di The Hawthorns Sabtu lalu, iaitu menyamai rekod yang kali terakhir dicatat antara 7 Mac hingga 26 September 1903.

Image result for west brom 2-3 man city

Raheem Sterling kini telah menghasilkan sembilan gol di kesemua kejohanan musim ini iaitu yang terbanyak di antara pemain City. Hanya Harry Kane (13) dan Romelu Lukaku (11) yang menjaringkan lebih gol pada musim ini setakat ini antara pemain di Liga Perdana Inggeris.

Liga Perdana Inggeris

City kini mengumpul 28 mata dari 10 perlawanan dengan perbezaan gol 29 (35 gol dan terbolos 6), permulaan terbaik City dalam Liga Perdana.

Pencapaian ini dengan mengumpul 28 mata dari 10 perlawanan (30 mata) hanya berlaku dua kali dalam sejarah kejohanan sebelum ini iaitu oleh Chelsea tahun 2006 dan City 2011 yang telah menyaksikan kedua-dua pasukan menjulang piala Liga Perdana.

Related image

Jumlah 35 gol dihasilkan setakat ini dalam liga menjadikan purata 3.5 gol setiap perlawanan.

City telah memenangi kesemua lapan perlawanan terakhir Liga Perdana dengan jaringan agregat 32-5!

Leroy Sane telah menyumbang 11 gol dalam tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana buat City dengan 6 gol dan 5 bantuan jaringan.

Image result for leroy sane 2017/18

City telah menyempurnakan 844 hantaran semasa kemenangan di West Brom, jumlah tertinggi dicatat Opta sejak 2003.

David Silva dan Kevin De Bruyne berkongsi kedudukan teratas sebagai pembantu jaringan gol terbaik dengan 6 bantuan.

Image result for david silva 2017/18

Antara 10 pemain melakukan hantaran terbanyak musim ini, 5 darinya adalah pemain City iaiatu Fernandinho, Nicolas Otamendi, David Silva, John Stones dan Kevin De Bruyne.

Secara keseluruhan, City telah menyempurnakan 7,300 hantaran, Arsenal kedua dengan 6,290 hantaran, perbezaan lebih 1,000 hantaran!

Image result for otamendi 2017/18

City turut mencatat rekod dengan jumlah sentuhan bola tertinggi berbanding pasukan lain iaitu secara keseluruhan 9,102 sentuhan sementara Arsenal di tempat kedua 8,136 sentuhan.

Sementara rekod tanpa bolos dalam Liga Perdana Inggeris, kelab jiran Manchester United mendahului dengan 8 perlawanan, manakala City kedua dengan 6 perlawanan.

Berita Pasukan Utama

Bukan Semua Tentang Bola: KDB, Kyle dan Mendy

Not all about Football 1

Bagi peminat bola selain kelab yang diminati, faktor pemain turut menjadi faktor penarik namun mungkin ramai tanpa sedari para pemain bola juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan sama seperti kita semua.

Bukan Semua Tentang Bola merungkai mesej kemanusiaan, persahabatan dan sikap positif para pemain City tidak berkenaan bola...

Berita Pasukan Utama

Pep gembira dengan kemenangan di West Brom

Laporan Perlawanan

City raih tiga mata penuh di The Hawthorns

West Brom v City EPL

City kekal di puncak carta Liga Perdana Inggeris dengan jarak lima mata selepas mengalahkan West Brom 3-2 di The Hawthorns petang Sabtu.

Laporan perlawanan West Brom 2 Man City 3