quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City dicalon untuk empat anugerah Liga Perdana

Empat pemain senior Manchester City, seorang pemain remaja dan pengurus Pep Guardiola tersenarai untuk anugerah Liga Perdana Inggeris bulan September.

City yang menang kesemua empat perlawanan Liga Perdana bulan lalu menjaringkan 17 gol tanpa bolos dan di kedudukan teratas carta liga dengan kelebihan gol.

Citizens mencatat kemenangan 5-0 ke atas Liverpool, 6-0 melawan Watford, 5-0 menentang Crystal Palace dan 1-0 di Chelsea.

Guardiola dicalonkan untuk anugerah Pengurus Terbaik Barclays bersama-sama Jose Mourinho, Mauricio Pochettino dan Arsene Wenger. Undi Pep di pautan ini.

Sementara untuk anugerah Pemain Terbaik, Sergio Aguero dan Kevin De Bruyne tersenarai bersama Pascal Gross (Brighton Hove Albion), Harry Kane (Spurs), Jamaal Lascelles (Newcastle), Romelu Lukaku (Man United) dan Alvaro Morata (Chelsea).

Aguero tampil dalam 3 perlawanan dengan 5 gol dan 3 bantuan jaringan, sementara De Bruyne tampil 4 perlawanan dengan 1 gol dan 3 bantuan jaringan. Undi Aguero dan De Bruyne di pautan ini.

Related image

Manakala untuk pencalonan Gol Terbaik September, tiga gol pemain City tercalon iaitu Fabian Delph lwn Palace, Leroy Sane lwn Palace dan Kevin De Bruyne lwn Chelsea. Undi gol para pemain City di pautan ini.

View original post

Sementara di peringkat remaja, pemain City yang meningkat naik, Brahim Diaz turut tercalon untuk anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris 2.

Image result for brahim diaz man city 2017/18

Brahim menjaringkan dua gol dalam semua penampilannya bulan September termasuk gol cantik menentang Sunderland ketika City dikurangkan seorang pemain. 

Berita Pasukan Utama

Blues di pentas antarabangsa; siapa dan ke mana?

Berita Pasukan Utama

Delph tarik diri dari skuad England

Berita Pasukan Utama

Pep dedikasikan kemenangan buat Mendy dan Aguero

Pep Guardiola telah mendedikasikan kemenangan indah Manchester City ke atas Chelsea di Stamford Bridge buat dua bintangnya yang cedera.

Reaksi Pep Guardiola seusai kemenangan Man City 1-0 ke atas Chelsea...