quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Aguero sedia kembali beraksi lawan Burnley

LATEST: Pep addressed the press on Friday ahead of this weekend's home game with Burnley

LATEST: Pep addressed the press on Friday ahead of this weekend's home game with Burnley

Pep Guardiola mengesahkan yang Sergio Aguero bersedia kembali beraksi lawan Burnley Sabtu ini namun tidak Vincent Kompany.

Selain Benjamin Mendy yang direhatkan akibat kecederaan lutut, seluruh pemain dalam skuad cergas menghadapi pasukan kendalian Sean Dyche dalam City menyasarkan untuk menyamai rekod terbaik kelab menang 11 perlawanan berturut-turut.

Kapten City yang mengalami kecederaan semasa Belgium menentang Gibraltar bulan Ogos tidak beraksi untuk kelab semenjak kemenangan di Bournemouth.

Image result for kompany city v bournemouth 2017

Guardiola menolak untuk menetapkan jangka masa Kompany akan kermbali semula namun Aguero yang diletakkan di bangku simpanan dalam dua perlawanan terakhir berikutan patah tulang rusuk dalam kemalangan jalanraya dilaporkan cergas sepenuhnya dan sedia bermain.

“Kompany tidak bersedia. Masih belum sembuh sepenuhnya. Setiap pemain lain baik sahaja, semua pemain cergas.

Image result for pep aguero 2017/18

“Perlawanan menentang Stoke, Aguero hanya sempat berlatih sekali. Semasa kunjungan Napoli dia sudah bersedia, dan sudah tentu dia bersedia bermain esok.”

City akan menentang Burnley yang kini berada di posisi ketujuh carta Liga Perdana Inggeris namun mencatat prestasi cemerlang di tempat lawan dari awal musim ini.

Mereka meraiih lapan mata di laman lawan lebih dari mereka rangkul sepanjang musim 2016/17 lalu, dan masih kekal tanpa kalah selepas kemenangan di Chelsea dan Everton, serta seri di Spurs dan Liverpool.

Image result for chelsea vs burnley

Guardiola berkata Clarets hanya dua mata dari kedudukan untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara Eropah, dan tidak boleh dipandang remeh.

“Mereka berhak mendapat pujian, mereka sebelum ini dalam Liga Championship dan kemudian dipromosi ke Liga Perdana Inggeris. Saya amat kagum dengan apa mereka telah lakukan.

“Mereka hadapi banyak masalah musim lalu untuk menang di tempat lawan, tapi musim ini mereka meraih mata di Chelsea, Liverpool, Tottenham dan Everton.

Image result for sean dyche burnley manager

“Mereka dapat menguasai serangan saluran lawan. Mereka sentiasa bertahan dengan ramai pemain dalam petak penalti. Mereka befizikal kuat. Kami perlu bermain laju, mengambil peluang.

“Keputusan perlawanan mereka di tempat lawan mengagumkan.”

* Perlawanan menentang Burnley akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 21 Oktober jam 3 petang waktu UK bersamaan pukul 10 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan disiarkan di saluran Astro 811/833 HD. Seperti biasa ikuti liputan langsung perlawanan di akaun rasmi Twitter Bahasa Melayu City @ManCityMAS.

Berita Pasukan Utama

Pep: Napoli pasukan terbaik pernah saya hadapi

Laporan Perlawanan

City berjaya atasi cabaran sengit Napoli di Etihad

Previu Perlawanan

Ikuti Langsung di Twitter!

City v Napoli

Manchester City akan meneruskan saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan menerima kunjungan Napoli, dan berikut segala apa yang anda perlu tahu.