quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Silva: Saya berdoa menjuarai UCL bersama City

DREAM: City's David Silva is desperate to add the Champions League to his trophy haul

DREAM: City's David Silva is desperate to add the Champions League to his trophy haul

David Silva berkata yang beliau berdoa setiap malam supaya dia menjuarai Liga Juara-Juara Eropah sebagai pemain Manchester City.

Pemain tengah Sepanyol itu telah menyertai City pada tahun 2010 dan merangkul kesemua kejuaraan tempatan England selama tujuh tahun berada di Stadium Etihad namun masih belum merasai kejayaan peringkat Eropah bersama kelab.

Dalam skuad City bersiap untuk perlawanan penting hari Rabu menentang Napoli dalam Kumpulan F, Silva mengatakan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah adalah keutamaannya sekarang.

Image result for david silva manchester city vs napoli 2017/18

“Ia pasti hebat, saya berdoa setiap malam untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah bersama City. Diharap kami akan dapat lakukannya tahun ini.

“Kami bermain bola sepak bagus- bola sepak indah.

“Kami bermain dengan bagus di semua garisan dan posisi. Dari penjaga gol dan seterusnya anda dapat melihatnya dalam setiap perlawanan.”

Image result for david silva manchester city vs napoli 2017/18

Silva kini berperanan bebas di bahagian tengah musim ini dan sekali lagi begitu menyerlah.

Beliau menjadi pembantu jaringan terbanyak Liga Perdana Inggeris berkongsi kedudukan bersama Kevin De Bruyne dengan enam bantuan dan di kedudukan keempat melakukan hantaran terbanyak.

Silva berkata yang ia merupakan posisi yang ideal buat dirinya untuk memaksima segala kualiti yang ada padanya.

“Saya rasa ia satu posisi yang bagus buat saya, saya suka bermain di bahagian tengah, untuk berhubung dengan bola setiap ketika.

“Anda perlu terlibat dalam permainan sepanjang masa , jadi saya seronok bermain di posisi tersebut.”

David turut menyampaikan khabar gembira yang beliau ingin kekal lama bersama City.

“Kami masih berunding tentang kontrak baru, saya harap dapat menandatanganinya secepat mungkin kerana saya ingin bermain untuk City lagi 10 tahun.”

Galeri Foto

Persiapan sebelum menggempur Napoli

Berita Pasukan Utama

Senarai skuad City lawan Napoli

LEADING MAN: David Silva puts City on the front-foot again

Rombongan pemain Manchester City untuk perlawanan keempat peringkat Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah menentang Napoli telah disahkan.

Berita Pasukan Utama

Rangkuman statistik rekod baru City