quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Delph tarik diri dari skuad England

Fabian Delph menarik diri dari skuad England dan kembali di Manchester untuk diperiksa lanjut oleh doktor perubatan kelab.

Pemain tengah berusia 27 tahun itu telah dipanggil untuk tugasan antarabangsa semenjak November 2015 menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Slovenia dan Lithuania.

Delph yang berperanan di posisi pertahanan kiri begitu menyerlah untuk Manchester City dan menjadi bualan ramai atas penampilan hebatnya musim ini.

Image result for fabian delph palace goal 2017

Beliau tampil bermain dalam enam perlawanan terakhir, bermain 90 minit dalam tiga perlawanan dan menjaringkan gol cantik semasa kemenangan 5-0 ke atas Crystal Palace.

Beliau turut bermain 90 minit penuh untuk City ketika menundukkan Chelsea 1-0 Sabtu lalu dan dinobat Pemain Terbaik Perlawanan.

Image result for fabian delph v chelsea

Beliau dan pemain pertahanan Manchester United Phil Jones kedua-duanya gagal melepasi ujian kecergasan oleh doktor perubatan FA selepas beraksi hujung minggu bersama pasukan masing-masing dan tidak turun berlatih di kem latihan England.

City akan menghadapi Stoke, Napoli, Burnley dan Wolverhampton di laman sendiri sebelum berkunjung ke West Brom untuk perlawanan bulan Oktober selepas rehat antarabangsa.

Kami akan bawakan perkembangan terkini Fabian sebaik sahaja menerima berita lanjut di my.mancity.com dan @ManCityMAS.

Berita Pasukan Utama

Pep dedikasikan kemenangan buat Mendy dan Aguero

Pep Guardiola telah mendedikasikan kemenangan indah Manchester City ke atas Chelsea di Stamford Bridge buat dua bintangnya yang cedera.

Reaksi Pep Guardiola seusai kemenangan Man City 1-0 ke atas Chelsea...

Laporan Perlawanan

City tawan Stamford Bridge

 Bagaimana prestasi Manchester City setakat ini!

Manchester City mempamerkan permainan antara terbaik musim ini untuk membawa pulang tiga mata penuh dari London selepas menewaskan juara bertahan liga, Chelsea 1-0 petang Sabtu.

Laporan perlawanan Chelsea 0 Manchester City 1

Previu Perlawanan

Ikuti kami langsung di Twitter!

Ia pertemuan antara Blues Manchester dan Blues London. Ketahui segala yang anda perlu tahu tentang perlawanan ketujuh Liga Perdana Inggeris musim ini.

Info Perlawanan: Chelsea vs Manchester City...