quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Perubahan jadual EPL bulan Disember

Pep Guardiola dan skuad pendahulu liganya kembali ke Etihad minggu ini.

Pep Guardiola dan skuad pendahulu liganya kembali ke Etihad minggu ini.

Enam perlawanan Liga Perdana Inggeris membabitkan Manchester City disusun semula pada bulan Disember ini untuk tujuan penyiaran TV.

Perlawanan menentang West Ham dan Tottenham Hotspur serta perlawanan derbi melawan Manhester United, juga kunjungan ke Newcastle dan Crystal Palace telah dijadualkan semula.

Sementara perlawanan Swansea City telah ditukar pada tarikh lain dan tidak akan disiarkan di TV

West Ham kini akan berkunjung ke Stadium Etihad lewat sehari dari tarikh asal dengan perlawanan bermula jam 4 petang waktu UK hari Ahad 3 Disember bersamaan pukul 12 pagi Isnin waktu tempatan Malaysia.

Perlawanan besar menentang Manchester United di Old Trafford turut diubah ke hari Ahad, 10 Disember jam 4.30 petang waktu UK bersamaan pukul 12.30 pagi Isnin waktu Malaysia.

Image result for manchester derby

Pertembungan dengan Swansea di Stadium Liberty telah dipinda ke hari Rabu, 13 Disember jam 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 3.45 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia.

Spurs yang akan menjadi tamu di Stadium Etihad pada hari Ahad, 16 Disember akan bermula lewat jam 5.30 petang waktu UK bersamaan pukul 1.30 pagi Isnin waktu Malaysia.

Tiada jadual perlawanan pada Boxing Day , 26 Disember dan ia dipindah lewat sehari pada hari Rabu 27 Disember dengan perlawanan bermula jam 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 3.45 pagi Khamis waktu Malaysia.

Namun begitu perlawanan pada Tahun Baru 2018 diawalkan sehari dengan pertemuan dengan Crystal Palace dijadualkan pada hari Ahad 31 Disember jam 12 tengahari waktu UK bersamaan pukul 8 malam waktu Malaysia.

 

Perubahan jadual penuh bulan Disember seperti berikut

West Ham (H) - 12 am Isnin 4 Dis MYT

Man United (A) – 12.30 am Isnin, 11 Dis MYT

Swansea (A) – 3.45 am Khamis, 14 Dis MYT

Spurs (H) – 1.30 am Ahad 17 Dis MYT

Bournemouth (H) – 11 pm Sabtu 23 Dis MYT

Newcastle (A) – 3.45 am Khamis 28 Dis MYT

Crystal Palace (A) – 8 pm Ahad 31 Dis MYT

 

Jadual penuh perlawanan

Berita Pasukan Utama

Pep: Napoli pasukan terbaik pernah saya hadapi

Laporan Perlawanan

City berjaya atasi cabaran sengit Napoli di Etihad

Previu Perlawanan

Ikuti Langsung di Twitter!

City v Napoli

Manchester City akan meneruskan saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan menerima kunjungan Napoli, dan berikut segala apa yang anda perlu tahu.