quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City diundi lawan Leicester suku akhir Piala Liga

city v leics

city v leics

Manchester City telah diundi bertemu Leicester City di tempat lawan, peringkat suku akhir Piala Carabao.

Pasukan Pep Guardiola berjaya ke pusingan kelima kejohanan selepas menyingkirkan Wolves dengan penalti penentuan selepas diikat seri tanpa jaringan. Sementara Leicester pula menang 3-1 ke atas Leeds United.

Ia merupakan kemenangan ke-12 berturut-turut City yang merupakan rekod baru kelab dan kekal tanpa kalah dari awal musim dalam kesemua 14 perlawanan di kesemua kejohanan.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium King Power yang akan bermula minggu 18 Disember dengan hanya dua perlawanan dipilih untuk siaran langsung di UK melalui sky Sports.

Pertemuan City dengan Leicester nanti akan mempertemukan semula dengan bekas penyerang Blue, Kelechi Iheanacho yang menyertai the Foxes musim panas lalu.

Image result for kelechi iheanacho city celebrate

Juara Liga Perdana Inggeris musim 2015/16 itu kini di kedudukan ke-14 dengan mengumpul 9 mata dan baru mendapat pengurus baru, Claude Puel selepas Craig Shakespeare dipecat minggu lalu.

Keputusan penuh undian

Chelsea v Bournemouth

Arsenal v West Ham

Leicester City v Man City

Bristol City v Man United

 

Tarikh dan waktu muktamad perlawanan akan kami umumkan nanti.

Berita Pasukan Utama

City pecah rekod dengan 12 kemenangan berturutan

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Bravo berhak atas permainan ini

LEADING MAN: City manager Pep Guardiola looks on

Pep Guardiola mengumumkan yang penjaga gol Claudio Bravo berhak mendapat pujian berikutan penyelamatan penaltinya di pusingan keempat Piala Carabao melawan Wolves.

Reaksi Pep Guardiola Man City 0 Wolves 0 (pen 4-1)

Laporan Perlawanan

Bravo jadi wira kemenangan City lawan Wolves

HAND IT TO CLAUDIO: City keeper Claudio Bravo denies Helder Costa

Manchester City menempah tempat ke suku akhir Piala Carabao dengan kemenangan penalti penentuan 4-1 ke atas Wolves selepas diikat seri tanpa jaringan.

Laporan perlawanan Piala Carabao Man City 0 Wolves 0 (pen 4-1)