quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City pecah rekod dengan 12 kemenangan berturutan

WINNING TEAM: City players celebrate the shoot-out victory

WINNING TEAM: City players celebrate the shoot-out victory

Kemenangan Manchester City melalui penalti penentuan ke atas Wolves menjadikan ia rekod baru kelab dengan kemenangan ke-12 berturut-turut.

Kemenangan 3-0 ke atas Burnley hari Sabtu lalu menyamai rekod terbaik 11 kemenangan berturut-turut yang dicatat di bawah kendalian Manuel Pellegrini antara dua musim iaitu 2014/15 dan 2015/16, namun rekod baru kini dipecah dalam satu musim yang menyaksikan City mara ke suku akhir Piala Carabao.

Image result for manchester city vs wolves

Ramai mempersoalkan sama ada kemenangan melalui penalti penentuan (penalty shootout) dikira sebagai satu kemenangan walaupun statistik umum mencatat ia sebagai seri, namun peraturan mengatakan setiap perlawanan piala (Piala Liga dan Piala FA) dari sepakan penalti sejau 12 ela (10.9 meter) adalah ‘kemenangan’.

Image result for manchester city vs wolves

Kali terakhir City menjulang Piala Liga semasa tahun 2016 ditentukan oleh penalti penentuan ke atas Liverpool di final di Wembley. Malah salah satu kebangaan besar Sir Alex Ferguson dengan rekod kemenangan ke-100 di Eropah juga dicatat dalam buku sejarah mereka melalui penalti penentuan!

Image result for alex ferguson celebrate man united

Pasukan Pep Guardiola telah bermain sebanyak 14 perlawanan musim ini di kesemua kejohanan dengan menang 13 dan seri 1 dan menjaringkan 42 gol keseluruhan setakat ini.

Citizens kini berada di puncak carta Liga Perdana Inggeris dengan mengunmpul 25 mata, 5 mata jarak dari pencabara terdekat, Manchester United dan mengumpul 29 gol.

Image result for manchester city celebration 2017/18 vs stoke

Sementara di Liga Juara-Juara Eropah, City turut berada di kedudukan teratas Kumpulan F mengatasi Napoli, Shahktar Donetsk dan Feyenoord dengan 9 mata penuh selepas 3 perlawanan.

City turut menyamai rekod terbaik kelab 20 perlawananan tanpa kalah yang telah dicatat antara 24 November 2013 hingga 29 Januari 2014.

Sementara penyerang City, Sergio Aguero, masih memburu rekod sebagai Penjaring Gol Terbanyak City sepanjang zaman selepas menyamai rekod legenda City, Eric Brook, dengan 177 gol semasa kemenangan 3-0 ke atas Burnley.

Image result for manchester city vs wolves

Namun sepakan penalti semasa kemenangan ke atas Wolves tempohari tidak dikira sebagai gol ke-178 nya untuk memecah rekod baru kelab.

Adakah City dan juga Aguero akan melakar rekod baru kelab ketika berkunjung ke West Brom Sabtu ini? Sama-sama kita lihat.

12 kemenangan berturut-turut City

Bournemouth 1-2

City 5-0 Liverpool

Feyenoord 0-4 City

Watford 0-6 City

West Brom 1-2 City

City 5-0 Palace

City 2-0 Shakhtar Donetsk

Chelsea 0-1 City

City 7-2 Stoke

City 2-1 Napoli

City 3-0 Burnley

City 0-0 Wolves (4-1 penalti)

 

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Bravo berhak atas permainan ini

LEADING MAN: City manager Pep Guardiola looks on

Pep Guardiola mengumumkan yang penjaga gol Claudio Bravo berhak mendapat pujian berikutan penyelamatan penaltinya di pusingan keempat Piala Carabao melawan Wolves.

Reaksi Pep Guardiola Man City 0 Wolves 0 (pen 4-1)

Laporan Perlawanan

Bravo jadi wira kemenangan City lawan Wolves

HAND IT TO CLAUDIO: City keeper Claudio Bravo denies Helder Costa

Manchester City menempah tempat ke suku akhir Piala Carabao dengan kemenangan penalti penentuan 4-1 ke atas Wolves selepas diikat seri tanpa jaringan.

Laporan perlawanan Piala Carabao Man City 0 Wolves 0 (pen 4-1)

Galeri Foto

Persediaan bertemu Wolverhampton Wanderers