quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

WALKER PUJI KUARTET CITY YANG BERAKSI UNTUK SKUAD

Kyle Walker yakin kedua-dua City dan England akan berjaya hasil gabungan Three Lions di Etihad.

Walker adalah salah seorang dari lima orang pemain Tottenham yang bermain dalam pasukan England musim lalu dan dia melihat persamaan dirinya dengan pemain City yang juga kuartet England. Beliau berkata mereka boleh bergandingan bersama dalam perlawanan Piala Dunia pada musim panas yang akan datang.

“Kami ada John Stones, Fabian Delph, Raheem Sterling dan saya sendiri dalam skuad England dan ini sangat bagus kerana kami dapat bermain dan berlatih bersama-sama sepanjang masa untuk City dan juga untuk England,” kata Walker. 

“Ini bagus buat kami yang berada di peringkat antarabangsa, begitu juga dengan kelab kami. 

“Ketika saya di Spurs, kami terdiri daripada saya sendiri, Eric Dier, Danny Rose, Dele Alli dan Harry Kane dalam skuad England dan ia seakan-akan sama dengan apa yang ada di City sekarang.” 

Walker juga berkata bahawa kerjaya Delph bersama pasukan England boleh dimanfaatkan berikutan penampilannya di posisi bek kiri bersama City baru-baru ini.

Dari arah belakang: Walker memulakan serangan

Delph sebelum ini merupakan seorang pesaing yang hebat ketika menentang Shakhtar dan Chelsea serta mampu memafaatkan masa dengan baik walaupun ketiadaan Benjamin Mendy.

Beliau turut dipanggil semula untuk menyertai skuad Englad dalam perlawanan menentang Slovakia dan Lithunia namun terpaksa menarik diri setelah mengalahkan Chelsea.

Walaubagaimanapun, Walker yakin bahawa Delph mampu menempah tempat dalam skuad Piala Dunia England dengan mengekalkan posisinya di City sebagai pemain bek kiri atau pemain di bahagian tengah.

“Fabian adalah seorang pemain bola sepak professional yang berpengalaman dan beliau pasti boleh menyesuaikan diri tidak kira di mana kelab atau negara mana sekalipun dan beliau juga pasti akan memberikan yang terbaik,”kata Walker.

“Beliau tahu peranannya sebagai pemain tengah dengan baik sekali justeru, sekiranya beliau di posisi bek kiri –sesuatu yang baru buat beliau – tetapi sebagai pemain di bahagian tengah buat England, beliau akan kembali ke salah satu posisi tanpa masalah.

Beliau merupakan pemain professional dan tidak kira dimana sahaja beliau bermain, beliau akan melakukannya dengan sebaik mungkin.”

Berita Pasukan Utama

City dicalon untuk empat anugerah Liga Perdana

Berita Pasukan Utama

Blues di pentas antarabangsa; siapa dan ke mana?

Berita Pasukan Utama

Delph tarik diri dari skuad England