quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Napoli pasukan terbaik pernah saya hadapi

GOOD TO TALK: Pep Guardiola fires out some instructions

GOOD TO TALK: Pep Guardiola fires out some instructions

Pep Guardiola mengatakan Napoli merupakan salah satu pasukan terbaik pernah dihadapinya sepanjang kerjayanya.

Bos City gembira dengan persembahan permainan pasukannya menentang pasukan yang beliau sudah tahu memberi ancaman utama.

“Napoli satu pasukan hebat jadi saya sudah menjangkakan mereka bermain dengan cara mereka telah lakukan.

Image result for man city 2-1 napoli

“Mereka telah bermain dengan bagus sekali dan membuatkan ia amat sukar buat kami, ia begitu rumit dan mereka amat susah untuk dilawan, tapi kami sudah tahu hal ini sebelum perlawanan.

“Mereka merupakan salah satu pasukan terbaik Eropah kini. Hari ini kami telah kalahkan satu pasukan hebat dan kami telah pamerkan permainan hebat untuk melakukannya, jadi saya amat gembira.

Image result for pep guardiola and maurizio sarri

“Mereka telah menang lapan perlawanan berturut-turut dan jika mereka dapat mengelak pemain dari kecederaan, mereka boleh lakukan apa sahaja yang mereka mahu musim ini. Mereka pantas, dinamik dan amat berbahaya dan oleh sebab itu saya amat gembira kami menang.”

Ketika ditanya jika City telah bermain bola di bahagian pertahanan terlalu kerap beliau menambah: “Kami perlu bermain dari posisi pertahanan lebih kerana jika kami bermain bola panjang menentang Napoli mereka akan kembali menyerang beberapa saat kemudian.

Image result for man city 2-1 napoli

“Para pemain saya telah lakukan dengan bagus; John, Kyle, Fernandinho dan Nicolas telah bermain begitu bagus di bahagian pertahanan dan mengekalkan bola dengan baik.

“Sebagaimana saya katakan, ia satu perlawana luar biasa, kami mungkin telah melawan pasukan terbaik pernah saya hadapi dalam karier saya jadi saya amat bangga dengan  kemenangan ini.”

Related image

Guardiola turut memuji Raheem Sterling dan John Stones atas permainan mereka dan mendedahkan yang Sergio Aguero kian hampir kembali beraksi.

“Raheem? Saya tidak tahu berapa banyak gol lagi dia akan jaringkan musim ini, saya hanya mahukannya bertambah baik dalam setiap perlawanan.

Image result for man city 2-1 napoli

“Stones telah bermain dengan bagus sekali, dia menunjukkan satu kemajuan lagi dari segi pertahanan dan serangan, dan bekerja sama dengan baik dengan para pemain lain di bahagian pertahanan hari ini.

“Berkenaan Sergio, dia amat hampir untuk kembali bermain.”

Laporan Perlawanan

City berjaya atasi cabaran sengit Napoli di Etihad

Previu Perlawanan

Ikuti Langsung di Twitter!

City v Napoli

Manchester City akan meneruskan saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan menerima kunjungan Napoli, dan berikut segala apa yang anda perlu tahu.

Berita Pasukan Utama

Pep: Ia menjanjikan pertemuan menarik lawan Napoli

Pep Napoli Presser

Sergio Aguero kemungkinan akan kembali dalam kesebelasan utama menentang Napoli malam Rabu selepas berlatih dengan cukup bagus.

Previu Pep Guardiola menjelang pertemuan dengan Napoli, Liga Juara-Juara Eropah