quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Kami ingin bina sejarah besar di Eropah

Pep v Feyenoord

Pep v Feyenoord

Pengurus City mengumumkan yang John Stones terpaksa direhatkan sehingga Tahun Baru semasa sidang media sebelum pertemuan dengan Feyenoord.

Pep mengesahkan Stones yang ditimpa kecederaan hamstring dalam kemenangan 2-0 di Leicester tidak dapat beraksi sehingga enam minggu yang membawanya hingga ke awal Januari nanti.

“John terpaksa direhatkan sehingga enam minggu. Sepanjang bulan ini dia tidak dapat beraksi namun diharap akan sembuh semula awal Januari nanti.”

“Kami tidak ada skuad besar, kami kehilangan Vincent Kompany dalam perlawanan antarabangsa dan kini, John Stones.

Image result for john stones injury

“Ia tidak mudah bermain 12 perlawanan dalam jangka masa singkat. Saya akan lihat bagaimana kami bereaksi nanti – bagaimana para pemain akan bermain di posisi-posisi dari biasa mereka bermain. Ia situasi mencabar.

“Apabila perkara-perkara selesa, tidak banyak pujian. Saya mahu bagaimana kami bereaksi.

“Mungkin Tosin Adarabioyo satu lagi pilihan. Kami akan lihat. Ia bergantung pada para pemain. Kami ada Tosin, Brahim dan Phil Foden berlatih bersama kami dari awal musim lagi.

“Mereka ada peluang untuk bermain, sudah tentu.

“Pemain seperti Foden dan Diaz mereka ada mentaliti, mereka ada kualiti dan tidak gentar bermain. Mereka tiada tekanan. Mereka perlu dilindungi oleh para pemain berpengalaman. Kita tidak boleh lupa mereka hanya, 17, 18 tahun.

City akan menerima kunjungan balas pasukan Belanda, Feyenoord selepas 4-0 di laman mereka September lalu, sebelum menyudahi perlawanan akhir peringkat Kumpulan F pada 6 Disember nanti.

Pasukan Pep Guardiola kini di kedudukan teratas kumpulan yang sudah menempah awal ke peringkat 16 akhir dan beliau akan memilih pasukan yang dipercayai berupaya menang perlawanan.

Image result for pep celebrate city vs napoli

“Langkah pertama telah dilaksana. Kami sudahpun layak, tapi untuk undian 16 akhir, anda belum pasti. Jadi ia lebih bagus bermain perlawanan kedua di tempat sendiri.

“Saya akan bersedia dan para pemain bersedia untuk menang. Liga Juara-Juara satu kejohanan berprestij. Jika kami berupaya menang, kami akan lakukannya.

Ketika ditanya ramai meletakkan City sebagai pasukan terbaik di Eropah kini dengan prestasi cemerlang musim ini dan mampu menjulang Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali Pep menambah.

“Terima kasih atas pengiktirafan tersebut. Man City satu pasukan yang sudah mencapai kejayaan besar tapi tidak bermakna kami bersedia menjuarai Liga Juara-Juara.

 

Image result for celebrate napoli 2-4 man city

“Kami sedang lakukan sesuatu dengan bagus, pasukan-pasukan pilihan adalah Barcelona, Real Madrid dan lain-lain. Mereka yang meletakkan kami setaraf dengan pasukan-pasukan tersebut adalah satu penghormatan.

“Kami belum capai apa-apa lagi, tapi sejarah besar akan dibina oleh kami di Eropah.”

* Perlawanan Man City menentang Feyenoord akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Selasa, 21 November jam 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 3.45 pagi Rabu, 22 November waktu tempatan Malaysia. 

 

Berita Pasukan Utama

De Bruyne: City terus ‘laparkan’ kejayaan

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kompany boleh ganti tempat Stones

Laporan Perlawanan

City jinakkan Foxes untuk lanjutkan rekod kelab