quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami mesti terus kalahkan pencabar liga

GUARDIOLA GLEE: The manager looked rather happy after his side's 50th goal of the season.

GUARDIOLA GLEE: The manager looked rather happy after his side's 50th goal of the season.

Pep Guardiola berkata yang harapan City menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini hanya dapat dilakukan dengan menewaskan para pencabar utama.

Dalam kempen musim ini Citizens telah mengalahkan Chelsea, Liverpool dan kini Arsenal, dan bos City mendedahkan yang pasukannya bertekad untuk memastikan tidak kehilangan mata ketika menentang para pencabar utama liga.

“Apa yang saya tahu setiap pasukan boleh kalahkan kami, ia tidak kira apa yang telah berlaku di masa lalu. Anda boleh menang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah dan kemudan kalah keesokan harinya.

Photo published for City 3 Arsenal 1 | Official verdict

“Para pasukan lain begitu ingin kalahkan kami. Ia bergantung pada diri kami sendiri. Ia amat penting jika kami ingin berjuang untuk merangkul juara musim ini.

“Musim lalu ketikan menentang para pencabar utama, kami hanya berupaya menang dua perlawanan. Musim ini pada buklan November kami telahpun menang tiga.

“Kami telah bercakap tentang hal ini. Jika anda mahu menjuarai liga, anda perlu kalahkan Chelsea, Liverpool, Arsenal dan pasukan-pasukan di kedudukan teratas lain.

“Jadi syabas buat pasukan saya. Ia satu persembahan permainan yang cukup bagus menentang Arsenal. Kami telah mencipta banyak peluang dan banyak ‘hampir peluang’ di mana kami terlepas beberapa hantaran akhir.

“Melawan Arsenal, ia satu permainan tidak pernah berakhir. Namun memandangkan kami telah bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah hari Rabu, dan mereka berrehat sepanjang minggi, kami jadi lebih kuat dan bersemangat bersama-sama.

“Kami telah mengulas tentang isu kepenatan. Kami telah katakan anda akan merasa lebih letih hari ini, tapi saya katakan anda tidak boleh rasa letih di fikiran anda.

“Bahasa badan di separuh masa kedua cukup bagus. Arsenal telah melakukan tekanan tinggi, apabila kami melakukan serangan balas di posisi tersebut, kami telah terlepas beberapa aksi akhir dan oleh sebab itu ia sukar untuk mematikan perlawanan

“Namun kami akhirnya menang. Kami berhak atas kemenangan ini. Tiga lagi mata penuh. Harapan saya para pemain akan pulang dari rehat antarabangsa dengan sihat dan cergas.

“Saya tidak boleh mengawalnya. Ia perlawanan persahabatan jadi bertindak bijak, cerdik dan berhikmah.

“Selepas itu kami perlu bersiap untuk ke Leicester. Mereka pernah menjadi juara. Kami ke sana akan bermain dengan bagus, kemudian Huddersfield, Old Trafford dan Southampton, perlawanan demi perlawanan.

“Dua bulan berturut-turut tanpa seri, ia banyak. Ia membuktikan kami punya kekuatan minda.”

Berikutan satu lagi permainan mantap para pemain pertahanannya Pep menambah: “Kualiti para pemain adalah sebab mereka bertahan dengan baik. Kami boleh menjadi lebih mantap. Ia sepatutnya boleh dengan 3-0, jadi kami perlu perbaiki lagi.

“Kami bermain dengan bagus dan para pemain sekali lagi mempersembahkan permaina hebat. Kami amat gembira. Kami akan lihat keputusan Chelsea menentang Man United.”

Previu Perlawanan

Ikuti langsung kami di Twitter!

Berita Pasukan Utama

Pep puji Sterling menjelang lawan Arsenal

Berita Pasukan Utama

City mendominasi pencalonan anugerah EPL Oktober