quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Topik perbincangan: Setakat musim ini

Topik perbincangan: Setakat musim ini

Topik perbincangan: Setakat musim ini

Sorotan menarik, wira yang tak didendangkan dan perjalanan setakat ini

Fernandinho

Agak cekap dan tangkas, Fernandinho merupakan seorang pemain tengah dengan kelasnya yang tersendiri setakat musim ini.

Pemain tengah kelahiran Brazil ini telah melindungi empat pemain di posisi belakang dengan baik sepanjang tiga bulan pertama kempen kali ini dan tidak dinafikan beliau juga merupakan salah seorang pemain terbaik setakat musim ini.

Kehebatannya untuk mematahkan serangan pihak lawan, taktik yang bijak (tidak ramai yang boleh melepasi beliau) dan keupayaanya untuk memulakan langkah serangan adalah sangat mengagumkan manakala peranan utamanya untuk menerima bola dari Ederson dan seterusnya meneruskan permainan turut cemerlang.

Seorang yang sangat tenang dikala suasana menjadi tegang semasa perlawanan, Fernandinho merupakan tonggak utama musim ini.

Agak cekap dan tangkas, Fernandinho merupakan seorang pemain tengah dengan kelasnya yang tersendiri setakat musim ini.

Rolling Stones

John Stones akan menjadi orang pertama untuk mengakui bahawa musim pertamanya di City tidaklah seperti yang beliau harapkan.

Terlalu banyak tekanan di bahu pemain muda ini setelah perpindahan berprofil tinggi dari Everton dan dia juga sekarang menjadi topik bualan hangat bukan sahaja di kelab malah di negaranya sendiri.

Rakan-rakan permain tengah yang sentiasa bertukar-tukar dan formasi yang berbeza-beza sepanjang 2016/2017 menyukarkan persefahaman antara satu sama lain yang akhirnya bukan sahaja mengakibatkan kesilapan tetapi turut menyebabkan ketidakpastian.

John Stones akan menjadi orang pertama untuk mengakui bahawa musim pertamanya di City tidaklah seperti yang beliau harapkan.

Namun semua itu telah pun berlalu, sekarang semuanya lebih berbeza

Musim ini, Stones menunjukkan pernampilan luar biasa. Hubungannya dengan Nicolas Otamendi juga bertambah baik dan gandingan itu merupakan sesuatu yang positif buat pengurus pasukan itu setelah Vincent Company sembuh dari kecederaan nanti.

Seorang yang boleh diharapkan, gagah dan yakin, memang sukar untuk kita nafikan kenapa The Blues sangat berminat dengan beliau dan pada usia 23 tahun, beliau juga merupakan salah seorang pemain pertahanan yang paling cemerlang di Eropah.

Pengaruh City

The Blues mempengaruhi cara pasukan lain bermain di England – ini tidak disangkal lagi.

Semakin banyak pasukan lain yang cuba untuk bermain seperti Manchester City setelah pengurus-pengurus dan jurulatih mereka cuba untuk mengikut corak permainan Pep.

Bukan itu sahaja, ia juga mungkin turut mempengaruhi pasukan-pasukan tersebut secara menyeluruh.

Contohnya, perlawanan pada minggu lalu antara Hyde United dan MK Dons. Pemain-pemain MK menghantar bola dari penjaga gawang kepada bek penuh dan kepada pemain tengah dan mereka terus bermain di bahagian tengah dengan menggunakan sepenuhnya posisi bek penuh dan pemain sayap untuk menghasilkan permainan yang luar biasa – anda rasa anda tahu?

Walaupun pengurus-pengurus dan jurulatih pasukan lain mungkin menafikannya, tidak dapat dinafikan bahawa corak permainan City pada musim ini sangat dikagumi oleh peminat-peminat bola sepak Inggeris diseluruh dunia. Ini bukan sahaja baik buat bola sepak itu sendiri malah juga untuk pasukan kebangsaan.

Inilah yang dikatakan “beautiful football” atau bola sepak indah.

Pep Guoardiola akan gembira dengan satu statistik pada musim ini – bagaimana caranya gol dikongsi sesama ahli pasukan.

The Blues telah menjaringkan 53 gol dalam kempen setakat ini dengan Raheem Sterling (10), Sergio Aguero (10), Gabriel Jesus (9) dan Leroy Sane (9)

Gabungan gol bagi Kevin De Bruyne dan David Silva adalah empat gol dan ini menunjukkan bahawa mereka lebih banyak membantu rakan sepasukan untuk membuat jaringan dan tidak menjaringkan gol untuk diri sendiri namun statistik tersebut sepatutnya dikeluarkan selagi kempen berlansung.               

Tambahan, Stones dan Otamendi (masing-masing tiga gol) telah mengalahkan jumlah jaringan peribadi untuk tiga gabungan pada musim lalu -  17 perlawanan yang berbaki untuk musim ini – ini menunjukkan salah seorang dari mereka boleh mendapatkan dua angka jika The Blues terus menghasilkan gol untuk bulan-bulan yang mendatang.

Pep Guoardiola akan gembira dengan satu statistik pada musim ini – bagaimana caranya gol dikongsi sesama ahli pasukan.

Perjalanan yang masih jauh…

Buat masa ini, tiada sesiapa di kelab yang meraikan acara lain selain daripada berkongsi kegembiraan permainan bola sepak yang menarik.

Bak kata pepatah lama “there are no trophies handed out in November” (tidak ada trofi yang diserahkan pada bulan November), perjalanan The Blues dalam Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Carabao masih panjang.

Pep berkata, pasukannya mungkin tewas dalam mana-mana perlawanan pada musim ini dan dari segi statistik dan sejarah lalu, apa yang dikatakannya itu mungkin benar.

Tetapi dengan jurang lapan mata di tangga teratas liga, berada di peringkat suku akhir dalam piala tempatan dan 16 baki perlawanan dalam Liga Juara-Juara, semuanya kelihatan baik seperti prestasi sepanjang tiga bulan dalam musim ini.

Pasukan lain akan mencari jalan untuk menewaskan Blues – seperti yang dilakukan oleh Arsenal pada hujung minggu lalu - dan akan ada masa dimana tidak kira betapa bersedia dan berusahanya pasukan itu, mereka tetap tidak berjaya.

Kami akan tetap bermain seperti biasa dan akan ada lebih banyak hari-hari gembira berbanding dengan kekecewaan.

Justeru, penting untuk kita bersedia untuk perlawanan-perlawanan yang akan datang dan cuba untuk lakukan yang terbaik. 

Berita Pasukan Utama

Ke mana dan bila bintang antarabangsa kami beraksi

179 AND COUNTING: City's record-breaking forward celebrates his penalty strike with Leroy Sané.

Kemenangan 3-1 oleh Manchester City ke atas Arsenal pada hujung minggu lalu membuka jurang lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris dan seterusnya melanjutkan lagi kemenangan kami untuk 17 perlawanan – namun, sudah tiba masanya untuk masa rehat antarabangsa buat bulan November.

Tugas antarabangsa…..

Berita Pasukan Utama

Sterling dan Delph tarik diri dari skuad England

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami mesti terus kalahkan pencabar liga