quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Percaya di sebalik kejayaan Sterling

DELIGHT: Look how much that late winner meant to the boss!

DELIGHT: Look how much that late winner meant to the boss!

Pengurus City, Pep Guardiola mengenalpasi keyakinan baru sebagai kunci prestasi memberangsangkan Raheem Sterling.

Pemain sayap England itu meledak gol kemenangan di masa tambahan untuk mengaut kesemua tiga mata untuk Citizens menentang Southampton, merangkul kemenangan ke-19 berturut-turut untuk kelab dan gol ke-13 dalam kempen musim ini.

Gol tersebut mencetuskan suasana riuh dan tak terkawal di Stadium Etihad, sehinggakan penguruskan merasakan perlu memohon maaf atas cara beliau meraikannya.

“Ia malam yang cukup indah!, Semua penyokong telah mencipta detik istimewa dalam beberapa saat terakhir dan semua gembira meraikannya.

“Saya memohon maaf kepada pengadil. Saya tidak dapat mengawalnya. Saya mahu berlari ke arah Raz tapi saya tidak cukup laju.

“Ia juga detik indah di bilik persalinan pakaian selepas perlawanan dengan para pegawai dan pemain meraikannya bersama-sam. Kami perlu menikmati detik-detik ini.

“Kami telah lalui banyak detik-detik istimewa seperti ini. Di Bournemouth kami turut gembira dan juga hari ini, ia hebat.

“Apabila anda menang begitu banyak perlawanan secara berturut-turut, kadang-kadang anda mula bertenang tapi tidak bagi kami, kami tetap amat teruja setiap kali menang.

“Anda perlu merasai keseronokan memenangi perlawanan-perlawanan. Para pemain yang menjaringkan gol-gol penuh kegembiraan.

Image result for pep guardiola city 2-1 southampton

“Gol tersebut hebat kerana tiada ruang yang wujud – terdapat sepuluh pemain mereka berkampung dalam petak penalti.

“Raheem masih muda dan boleh lagi diperbaiki. Dia semakin bertambah baik. Saya tahu dia merasakan boleh lakukannya, menukar permainan.

“Sebelum ini, dia seorang yang pemalu. Rakan-rakan sepasukannya berikannya keyakinan.

“Anda perlu adan personaliti untuk lakukan hantaran dengan Kevin De Bruyne di masa tambahan dan jaringkan gol di sudut atas gawang. Ia satu gol yang hebat.”

Berkenaan aksi Benjamin Mendy selepas perlawanan, dimana pemain pertahanan Perancis itu berlari-lari terincak-incak kea rah rakan-rakan sepasukan, Guardiola hanya ketawa: “Mendy gila!

“Dia direhatkan selama enam bulan kerana cedera dan berlari!”

Image result for city 2-1 southampton mendy

Bos City turut memuji semangat juang pasukannya dalam Citizens mengatasi Saints yang semata-mata hadir bertahan dan mengecewakan pasukan.

“Mereka ada sepuluh pemain dalam kotak dimana sukar untuk dihadapi, kami telah cuba menyerang sepanjang masa dan kami tidak terlepas sebarang serangan balas – hanya ‘set-pieces’.

“Mereka tidak mahu bermain. Mereka bertahan sepanjang masa. Mereka datang ke sini dan kami banyak bazirkan masa.

“Pada separuh masa pertama, mereka berhak satu gol. Apabila pasukan-pasukan hanya bertahan, ia rumit.

“Kami perlu perbaiki pertahanan kami dari ‘set-piece’. Pasukan-pasukan lain lebih tinggi dan berfizikal kuat dari kami. Kami perlu peruntukkan masa lebih dalam aspek tersebut.

“Kami ada begitu banyak perlawanan dan ‘peperangan besar’ tapi kami telah menang berturut-turut.

“Kami telah kekalkan momentum tersebut. Para pemain begitu gembira.

“Kami hampir berakhir dengan seri tapi apabila ia berlaku, saya tak dapat untuk marah dengan para pemain. Mereka jelas telah lakukan apa yang perlu mereka lakukan.

“Mereka berhak menang kerana kami satu pasukan yang sentiasa mencuba untuk menang.

“Ia penting (kekalkan jarak lapan mata). Perlawanan sebegini kami akan lebih kerap bermain. Tiada ruang untuk lakukan serangan.

“Ruang-ruang yang ada hanyalah apabila mereka membuka sedikit dan cuba untuk melakukan serangan balas.

“Kami telah terus mencuba dan oleh sebab itu saya amat berpuas hati dengan kemenangan ini. Kami telah cuba untuk menang dan berjaya lakukannya.”

Laporan Perlawanan

Sterling jamin kemenangan City ke atas Southampton

TOGETHER: City celebrate going ahead on 47 minutes.

Raheem Sterling buat perlawanan ketiga berturut-turut menjadi penyelamat memberi kemenangan buat City selepas gol di masa tambahan mengalahkan Southampton 2-1 di Stadium Etihad.

Laporan perlawanan Liga Perdana Inggeris City 2 Southampton 1

Berita Pasukan Utama

Ikuti kami langsung di Twitter!

Galeri Foto

Berlatih dalam kedinginan persediaan lawan Saints