quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami fokus hadapi Southampton

PRAISE: The boss has described John Stones and Nicolas Otamendi as 'amazing'

PRAISE: The boss has described John Stones and Nicolas Otamendi as 'amazing'

Pep Guardiola berkata yang skuad City telah pulih dengan baik dari kemenangan hari Ahad ke atas Huddersfield menjelang pertemuan dengan Southampton.

Bercakap di sidang media hari Selasa sebelum pertemuan dengan Sains, bos Manchester City memaklumkan kepada para wartawan yang skuadnya pulang dari Huddrsfield tanpa sebarang kecederaan dan semangat yang bagus selepas meraih kemenangan ke-18 berturutan.

“Kami telah pulih dengan baik, kami kini bersiap menghadapi Southampton yang secara mental mencabar.

“Untuk semua para pemain termasuk yang tidak bermain secara kerap, saya amat gembira dengan sikap mereka semasa sesi latihan.

“Para pemain yang tidak bermain menentang Huddersfield dan telah bermain, berlatih dengan cukup bagus.”

Mneyentuh pertemuan dengan rakan lama, pengurus Southampton kini, Mauricio Pellegrino, Pep berkata.

“Saya telah saksikan sebahagian dari perlawanan Southampton beberapa minggu lalu, terutamanya perlawanan kelmarin (menang 4-1 lawan Everton).

Image result for mauricio pellegrino southampton vs everton

“Mauricio telah lakukan tugasan hebat di Alaves musim lalu. Mereka mempunyai ramai pemain muda dan ada satu pasukan yang amat bagus.

“Kami bersama-sama di Barca satu dua musim. Ia satu pengalaman indah. Dia sentiasa ingin mengetahui tentang bola sepak, sentiasa bercakap tentang taktik.

“Saya amat gembira dapat bertemunya kembali, saya amat ingin bersua dengannya setelah sekian lama. Selepas perlawanan nanti, kami akan bertanya khabar.

Image result for mauricio pellegrino barcelona guardiola

“Di padang perlawanan, dia begitu bersemangat. Dia merupakan seorang pemain bijak ketika itu. Kami mempunyai hubungan erat dan saya melalui banyak kenangan indah bersamanya.

“Kami kini fokus dengan apa yang perlukan dilakukan pada malam Khamis nanti."

*Perlawanan City menentang Southampton akan berlangsung hari Rabu 29 November jam 8 malam waktu UK bersamaan pukul 4 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Walker tak sabar bertemu sahabat lama

Berita Pasukan Utama

Pep: Ia antara perlawanan paling mencabar

GUARDIOLA GLEE: The manager's happy with a comeback that secures the best ever start to a Premier League season!

Pep Guardiola mengakui yang kemenangan tipis ke atas Huddersfield Town merupakan salah satu ujian paling sukar dihadapi pasukannya musim ini.

Reaksi pengurus Huddersfield 1 Man City 2

Laporan Perlawanan

Sterling hero kemenangan City di Huddersfield