quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Aguero: Ini detik indah sekali seumur hidup!

HISTORY MAN: Sergio Aguero celebrates his record breaking achievement

HISTORY MAN: Sergio Aguero celebrates his record breaking achievement

Sergio Aguero tidak dapat membendung rasa gembiranya selepas menjadi penjaring gol terbanyak City sepanjang zaman.

Penyerang Argentina itu menjaringkan gol ke-178 nya buat kelab dalam kemenangan penuh sensasi 4-2 di Stadio Sao Paolo untuk mencatat namanya dalam sejarah City.

Image result for aguero goal vs napoli

Ia mengambil masa 77 tahun untuk Kun memcah rekod baru kelab mengatasi legenda City, Eric Brook yang mencatatnya pada tahun 1940.

Namun ia lebih pantas dilakukannya iaitu di penampilan ke-264 buat kelab sejak menyertai City dari Atletico Madrid, musim panas 2011 iaitu hampir 6 tahun 4 bulan.

Image result for aguero eric brook

Berbanding Brook telah melakukannya hampir 13 tahun (1927-1940) di penampilan ke 499 untuk mengumpul sejumlah 177 gol, sekali ganda dari jangka masa dilakukan Aguero.

Aguero mennghasilkan gol ketiga pada malam tersebut dalam perlawanan sengit menentang pendahulu Serie A Itali bimbingan Maurizio Sarri yang unggul dengan tidak pernah kalah di liga tempatan musim ini.

Dari 178 gol, 30 darinya dihasilkan melalui jaringan hatrik (10 kali), selain itu Kun turut membantu 54 jaringan gol dan terlibat dalam penciptaan 231 gol keseluruhan buat City di kesemua kejohanan.

Image result for aguero goal vs napoli

Sehingga kini pada musim ini, beliau telah menghasilkan 9 gol di kesemua kejohanan di 11 penampilan dan 7 darinya di Liga Perdana Inggeris, 2 di Liga Juara-Juara Eropah.

Sergio mendedikasikan gol bersejarah tersebut kepada mereka di sampingnya dan mendedahkan penerima jersi yang dipakai ketika melakar detik indah tersebut.

“Saya amat gembira pada saat ini, saya gembira kerana pasukan telah membantu saya dan juga para peminat City dan para petugas.

Image result for aguero goal vs napoli

“Terima kasih banyak buat semua. Kini saya ingin menikmati detik ini.

“Saya amat gembira, detik ini hanya datang sekali dalam seumur hidup.

Image result for aguero and son benjamin 2017

“Jersi ini saya hadiahkan untuk anak saya, Benjamin. Dia telah mengirimkan saya mesej. Dia kata, jika saya jaringkan gol bawa pulang jersi tersebut untuknya!

“Saya amat gembira untuk keluarga saya di Argentina dan rakan-rakan saya. Hai semua!”

Image result for aguero goal vs napoli

Kejayaan City di Naples telah menjamin pasukan Pep Guardiola ke pusingan kalah mati, 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah sebagai pendahulu Kumpulan F dengan mengumpul 16 mata penuh dari 4 perlawanan dengan baki 2 lagi perlawanan.

Sementara ramai percaya cara City meraih kejayaan tersebut sebagai isyarat kepada pasukan-pasukan pencabar lain di Eropah, Aguero tetap merendah diri dengan menegaskan pasukan perlu kekal fokus.

“Napoli adalah satu pasukan bagus, bermain di tempat lawan dalam Liga Juara-Juara Eropah tidak mudah.

“Saya amat gembira dengan kemenangan ini dan layak seterusnya.

Image result for city vs napoli celebration

“Kami mesti terus bermain dengan cara sama dalam setiap perlawanan.

“Kejayaan ini masih belum membuktikan apa-apa. Ia satu musim yang panjang.

“Kini kami di kedudukan bagus. Kami harus meneruskan cara yang sama.”

Tahniah, Sergio!

 

Berikut infografik pencapaian 178 gol Aguero buat Man City

Sergio Stats



Laporan Perlawanan

Rekod gol Aguero bawa City ke 16 akhir UCL

Previu Perlawanan

Ikuti kami langsung di Twitter!

Napoli vs City

September yang sempurna dan tiada tragedi di bulan Oktober dalam City memasuki bulan November yang kian mencabar bermula di Napoli.

Previu perlawanan Napoli lawan Manchester City, Liga Juara-Juara Eropah.

Galeri Foto

Napoli kami datang!