quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

De Bruyne: City terus ‘laparkan’ kejayaan

KEV IN FORM: Man-of-the-match Kevin De Bruyne's strike seals a club-record 16th successive win in all competitions.

KEV IN FORM: Man-of-the-match Kevin De Bruyne's strike seals a club-record 16th successive win in all competitions.

Kevin De Bruyne mengatakan Manchester City meneruskan tekad memecah rekod kelab dengan prestasi memberangsangkan.

Pemain tengah Belgium itu telah mempersembahkan satu lagi permainan Pemain Terbaik Perlawanan dan menjaringkan gol indah untuk membantu City menjamin kemenangan bergaya 2-0 di Leicester.

Image result for kevin de bruyne leicester 0-2 man city 2017

Ia merupakan kemenangan ke-16 berturut-turut City di kesemua kejohanan musim ini – satu rekod baru kelab – dan merupakan kemenangan ke-10 berturutan dalam Liga Perdana Inggeris dan ketujuh berentetan di tempat lawan.

De Bruyne berkata yang City bertekad untuk cuba mengekalkan piawai tersebut.

“Kami rasa yakin dengan cara kami bermain. Kami mahu menang setiap perlawanan,” ujar Kevin.

“Ia satu proses sukar kerana kami melalui jadual perlawanan yang sibuk tapi kami melakukannya dengan baik sekali.

“Kami tidak mencipta banyak peluang tapi jaringan gol sebelum masa rehat telah membantu kami.

“Gol kedua telah jelas membantu kami kerana dengan kelebihan dua gol dan kemudian kami berupaya bermain dengan cara kami kerana mereka terpaksa memberi tentangan lebih.

Image result for kevin de bruyne leicester 0-2 man city 2017

“Kami dapat melakukan hantaran lebih kerap. Kami hampir menjaringkan lebih gol tapi kami telah bermain dengan bagus. Mereka memperolehi beberapa peluang. Ia satu perlawanan menghiburkan buat semua yang menontonnya.”

Satu perkara yang mencalar kemenangan City di Stadium King Power adalah kecederaan hamstring dialami John Stones yang memaksanya menamatkan perlawanan awal di babak pertama.

“Ia tidak bernasib baik buat John Stones kerana terpaksa keluar padang namun Eliaquim Mangala masuk dan bermain dengan bagus,” tambah De Bruyne.

Image result for kevin de bruyne leicester 0-2 man city 2017

“Ia perlawanan pertama Vincent Kompany selepas sekian lama dan dia turut melaksanakan tugasan dengan sempurna.”

Kini tumpuan City beralih kepada perlawanan terakhir peringkat kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah di laman sendiri dengan menerima kunjungan Feyenoord malam Rabu di Stadium Etihad.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kompany boleh ganti tempat Stones

Laporan Perlawanan

City jinakkan Foxes untuk lanjutkan rekod kelab

Galeri Foto

Liga Perdana kembali! Persiapan ke Leicester