quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Aguero dapat beraksi lawan Leicester

TEAM NEWS: Pep Guardiola provided a squad updated ahead of Leicester.

TEAM NEWS: Pep Guardiola provided a squad updated ahead of Leicester.

Pep Guardiola mengesahkan yang Sergio Aguero dalam pemilihan skuad dalam kunjungan pasukan ke Stadium King Power Sabtu ini.

Penyerang City itu diganti semasa separuh masa kedua semasa perlawanan Argentina menentang Nigeria pada hari Selasa dan dibawa ke hospital untuk ujian selepas mengalami pening.

Namun beliau kembali ke Manchester hari Rabu sebagaimana dirancangkan dan Pep Guardiola berkata yang Aguero dalam senarai pilihan pemain untuk skuadnya berhadapan Foxes.

“Beliau tiba dua hari lalu dan doktor mengatakan dia cukup sihat,” ujar Guardiola.

Related image

“Beliau dalam keadaan sedar sepanjang masa di Argentina dan baik sahaja. Tiada apa yang perlu dirisaukan.”

Sementara itu kapten Vincent Kompany hampir sembuh dari kecederaan betis yang telah membawanya digugurkan dari pasukan semenjak kemenangan di Bournemouth Ogos lalu.

Beliau mengalami masalah semasa tugasan antarabangsa bersama Belgium namun telah kembali berlatih secara penuh dan dapat beraksi semula dengan Nicolas Otamendi digantung permainan selepas menerima kad kuning kelima semasa melawan Arsenal.

Guardiola turut mengesahkan yang kecederaan belakang Raheem Sterling semakin pulih, namun berkata keadaan Fabian Delph masih belum baik dengan kecederaan betis yang membawanya digugur dari skuad England menentang Jerman dan Brazil.

“Saya ada sesuatu di minda untuk menggantikan Otamendi,” ujar Guardiola.

“Kami ada Mangala, mungkin Kompany dapat kembali bermain. Kyle Walker juga boleh bermain di posisi tersebut.

“Delph saya tidak tahu jika dia dapat bermain kerana dalam empat sesi latihan dia hanya turun dua kali. Diharap kami akan dapat memulihkannya kerana dia amat penting buat kami.

“Raz alami masalah besar semasa tempoh lalu, dia telah bermain dua perlawanan terakhir dengan sakit belakang dan terpaksa bermain bermati-matian ketika melawan Napoli dan Arsenal, tapi kini kian bertambah baik dan diharap boleh bermain.

“Dia bertambah baik dari sebelumnya.”

Berita Pasukan Utama

Rekod baru kelab disahkan oleh pakar undang-undang

Berita Pasukan Utama

Silva, Foden dan Walsh terima anugerah NWFA 2017

Berita Pasukan Utama

Silva menjaringkan dua gol untuk Sepanyol.