quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Perlawanan pilihan wartawan City setakat ini...

 Bagaimana prestasi Manchester City setakat ini!

Bagaimana prestasi Manchester City setakat ini!

Wartawan kami membincangkan prestasi Manchester City setakat pada musim ini dan memilih perlawanan terbaik pilihan mereka.

Musim yang sangat cemerlang buat Manchester City setakat ini.

17 perlawanan, 16 kemenangan, satu keputusan seri dan 52 gol terhasil di kesemua kejohanan musim ini. Permulaan yang baik untuk musim Liga Perdana oleh mana-mana kelab dengan 10 kemenangan dari 11 perlawanan (1 seri) dan 35 gol (7 bolos).

City juga menjadi penjaring gol terbanyak oleh Sergio Aguero (8 gol) dan pembantu jaringan gol terbanyak liga, David Silva (7 bantuan jaringan) serta pemain melakukan hantaran terbanyak liga, Fernandinho (933 hantaran).

Sentiasa ada pencapaian baru setiap minggu!

Wartawan kami ada pendapat mereka mengenai pencapaian City setakat musim ini.

 

Paul Handler: City 7-2 Stoke

Menang besar 7-2 ke atas Stoke di stadium Etihad adalah yang terbaik bagi saya setakat ini. Mutu permainan dan jaringan yang amat baik.

Gerakan yang baik dari seluruh pasukan, ketangkasan masing-masing yang disulami dengan persembahan mantap dari Fernandinho dan Kevin De Bruyne.

Memang sukar dipercayai terutamanya bagi mereka yang telah lama meminati sukan bola sepak.

REASONS TO BE CHEERFUL: David Silva can't contain his joy after scoring

Highlights

Video

City v Stoke: Brief highlights

View original post

 

Rob Pollard: Chelsea 0-1 City

Ianya merupakan jaringan yang terbaik semasa menentang Chelsea. City ternyata dominan dan merupakan persembahan terbaik dalam sejarah Liga Perdana. Jarang sekali perlawanan berpihak kepada satu bahagian apatah lagi ketika pertembungan dua kelab ditangga teratas liga.

Bola dari pihak City bergerak laju untuk mematahkan serangan Chelsea. Pasukan tuan rumah cuma menguasai 38 peratus permainan tersebut dan City ternyata garang semasa perlawanan

Penampilan menarik dari pihak De Bryune dan ini juga merupakan persembahan yang paling mantap setelah sekian lama.

STRIKE: Kevin De Bruyne gives City the lead with a stunning solo effort

Highlights

Video

Chelsea v City: Brief highlights

View original post

 

John Edwards: Napoli 2-4 City

Apabila dua pihak bersaing bermati-matian dengan serangan yang berbisa, perlawanan itu ternyata akan menjadi menarik.

Semasa di Naples, pihak tuan rumah wajar diberi pujian namun City ternyata lebih hebat.

Napoli mendominasi permainan ketika masa pembukaan dan terus mengasak the Blues serta akhirnya berjaya menjaringkan gol.

Pasukan Pep Guardiola berjaya mendapat semula rentak permainan mereka dan akhirnya berjaya menguasai dan mendahului perlawanan menentang Napoli.

City ternyata bangga dengan pencapaian mereka.

HIGH LIFE: The City players celebrate John Stones' header

Highlights

Video

Highlights: Napoli 2-4 City

View original post

 

Nik Hassan : City 3-1 Arsenal

Selain kemenangan 5-0 ke atas Liverpool dan 1-0 di Stamford Bridge mementang juara bertahan Chelsea, kemenangan 3-1 ke atas pelawat bimbingan Arsene Wenger telah memberi isyarat kepada para pencabar terdekat City di peringkat England dan Eropah akan keupayaan dan bezanya skuad Pep Guardiola musim ini.

Arsenal yang telah memberi tentangan sengit pada awal perlawanan kemudiannya ibarat mengejar bayang-bayang dengan taktikal City yang lebih mendominasi . Dengan jaringan pembuka Kevin De Bruyne ia telah memberi keyakinan kepada Citizens yang sebelumnya hanya mencatat 2 kemenangan dan 3 seri dari 10 pertemuan terakhir menentang Gunners.

Image result for city 3-1 arsenal de bruyne

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mencetus kontoversi yang telah mendakwa Raheem Sterling melakukan simulasi dan 'menipu' dalam perlawanan untuk dihadiahkan sepakan penalti. Namun apa yang jelas rakaman video menunjukkan sebaliknya, malah Nacho Monreal dengan terjahan keras ke atas Sterling sepatutnya dikenakan kad merah dan dibuang padang!

City yang sudah bertemu tiga pencabar utama Liga Perdana Inggeris dengan menang kesemuanya masih belum bertemu dengan dua lagi pasukan 'enam besar' Liga Perdana musim ini; Manchester United pada 10 Disember dan Spurs pada 16 Disember.

Image result for city 3-1 arsenal de bruyne

Kedua-dua perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Etihad akan menjadi isyarat penentu kehebatan City yang dicanang menjadi calon juara liga musim ini dengan jadual sibuk menjelang musim perayaan Krismas dan Tahun Baru.

Prestasi City yang luarbiasa di awal musim ini kelihatan seakan sukar diberhentikan dengan hanya satu yang mungkin akan memberhentikan 'Boys on Blue', iaitu sekiranya para pemain tonggak ditimpa kecederaan. Namun semoga ia dijauhkan Tuhan!

 

Berita Pasukan Utama

Lescott: Stones ada faktor X

Bekas pemain pertahanan menilai prestasi John Stones setakat ini

Joleon Lescott kagum dengan kemampuan John Stones pada musim ini.

Bekas pemain pertahanan menilai prestasi John Stones setakat ini

Berita Pasukan Utama

Pandangan Stones terhadap City

Beliau menggunakan kesempatan ini untuk memantapkan mutu permainannya dibawah kendalian Pep Guardiola.

John Stones menyambut baik peluang untuk memperbaiki diri sejak hari pertamanya di Manchester City pada musim panas yang lalu

Pengalaman-pengalaman positif dan negatif telah membantu perkembangannya.

Berita Pasukan Utama

Topik perbincangan: Setakat musim ini