quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Akademi City patut rasa bangga

THE BOSS: Pep watches on during City v Feyenoord

THE BOSS: Pep watches on during City v Feyenoord

Pep Guardiola mengakui yang pasukannya begelut mencari prestasi terbaik mereka selepas menang tipis 1-0 ke atas Feyenoord.

Raheem Sterling menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88 untuk melanjutkan rekod City menang berturut-turut dalam 17 perlawanan dan tanpa kalah dalam 25 perlawanan di kesemua kejohanan sejak akhir musim lalu.

“Satu kemenangan adalah lebih baik dari tidak menang,”ujar Pep. “Pada separuh masa pertama, kami boleh lakukan lebih baik. Tapi kadang-kadang ia sukar. Apabila anda menang banyak perlawanan dan sudah layak seterusnya.

“Namun kami memperolehi peluang yang pertama menamatkannya dimana kini kami telah capai.

“Anda perlu bersabar. Ia adalah satu perkara biasa, tapi kami masih berupaya menang dengan jaringan gol  cantik Raheem dan pada akhirnya kami menang.”

Sterling kini menjadi penjaring gol terbanyak City dengan 11 gol, sekali lagi mengagumi pengurus: “Dia telah jaringkan banyak gol. Dia begitu seronok melakukannya di mana ia satu perkara bagus. Dia masih muda dan masih boleh diperbaiki.”

Menjawab soalan yang City mungkin akan dipertemukan dengan Juventus, Bayern Munich atau Real Madrid yang mungkin akan menamatkan di kedudukan kedua, Pep berkata: “Kami bermain untuk menang semua perlawanan dan selepas itu sama-sama kita lihat.

“Kami masih ada satu perlawanan tinggal. Kami akan lihat apa akan berlaku. Ia penting kini kami mengumpul 15 mata. Undian untuk 16 akhir tidak kira siapa lawan kami. Ia sentiasa akan mencabar.”

Akhir sekali, bos memberi pujian khas untuk dua pemain muda yang diturunkan sebagai pemain gantian; Phil Foden dan dan Brahim Diaz menentang Feyenoord dan mereka yang telah membantu kedua-duanya sampai ke tahap sekarang.

“Tahniah untuk Akademi kami, kelab ini patut merasa amat bangga. Kami mempunyai pemain berusia 17 dan 18 tahun tampil dalam Liga Juara-Juara Eropah. Sekiranya keputusan perlawanan lebih selesa, mereka telah dirancangkan bermain lebih banyak minit.

“Diharap mereka akan kekal lama di sini dan membantu kami. Untuk Akademi City dan mereka yang bekerja dengan mereka, mereka berhak mendapat pujian, jurulatih, pegawai dan rakan-rakan sepasukan.

“Mereka bertanggungjawab membawa kepada penampilan pertama kedua-dua pemain muda tersebut dalam kejohanan ini.



Laporan Perlawanan

Lewat gol Sterling bawa kemenangan lawan Feyenoord

TOP SPOT: City players celebrate Sterling's winner

City mara ke 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah sebagai pendahulu Kumpulan F selepas gol lewat perlawanan oleh Raheem Sterling dalam kemenangan 1-0 ke atas Feyenoord malam Rabu.

Laporan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah City 1 Feyenoord 0

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami ingin bina sejarah besar di Eropah

Berita Pasukan Utama

De Bruyne: City terus ‘laparkan’ kejayaan