quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

David Silva tandatangani lanjutan kontrak

2020 VISION: David has penned a new deal

2020 VISION: David has penned a new deal

David Silva telah menandatangani perlanjutan kontrak setahun bersama Manchester City.

Kontrak tersebut mengekalkan pemain tengah Sepanyol tersebut di Stadium Etihad sehingga tahun 2020, dimana menjadikannya genap sepuluh tahun bersama kelab.

Silva yang dikenali sebagai salah seorang pemain City terhebat sekali lagi menyerlah musim ini dengan pencapaian kelab mencatat rekod baru kemenangan ke-19 berturut-turut di kesemua kejohanan yang menyaksikan pasukan Pep Guardiola berada di puncak liga dengan jurang lapan mata.

Image result for david silva premier league celebrate 2017

“Saya amat gembira memberi komitmen masa depan saya untuk City,” ujar pemain berusia 31 tahun.

“Saya sungguh berbangga dengan apa yang telah saya capai di City sepanjang masa tujuh setengah musim di sini dan dengan Pep membimbing kami, saya merasakan kami di posisi terbaik untuk memenangi trofi-trofi musim ini dan seterusnya.

Image result for david silva man city

“Gaya permainan kami bermain juga sesuatu yang menyeronokkan untuk terlibat dan saya tidak sabar untuk menjuarai lebih banyak lagi kejohanan untuk tahun-tahun mendatang.”

Pengarah Bola, Txixi Begiristain menambah: “Kami amat gembira dengan pengumuman ini. Bukan sahaja David Silva menjad tonggak kepada kejayaan kelab tahun-tahun sebelum ini, dia kekal salah salah seorang pemain utama pasukan.

Related image

“Dia telah menunjukkan sekali lagi musim ini yang beliau berupakan antara pemain tengah paling kreatif dalam bola sepak England dan akan menjadi individu penting dalam membangunkan para pemain muda berbakat untuk tahun-tahun akan datang.”

Silva telah menyertai City dari Valencia pada tahun 2010, beberapa hari sebelum beliau menjuarai Piala Dunia Bersama Sepanyol selepas menewaskan Belanda 1-0 di perlawanan akhir di Afrika Selatan.

Related image

Kejayaan tersebut diteruskan di peringkat kelab di City apabila pada musim pertamanya, City menjuarai Piala FA, piala utama pertama semenjak 35 tahun dan diikuti tahun berikutnya menjulang Liga Perdana Inggeris sejak 1968.

Image result for david silva joins man city

Pada masa itu Silva menyerlah reputasinya sebagai salah seorang pemain kretafi terbaik Eropah dan cepat dikenali sebagai salah seorang pemain tengah menyerang paling konsisten dalam Liga Perdana Inggeris.

Dia sekali lagi menjadi pemain ‘kunci’ apabila City menjuarai sekali lagi Liga Perdana dan merangkul Piala Liga tahun 2014, apabila pasukan kendalian Manuel Pellegrini ketika itu menghasilkan 158 gol di kesemua kejohanan.

Image result for david silva premier league trophy 2014

Secara keseluruhan, beliau telah merangkul dua Liga Perdana Inggeris, satu Piala FA dan dua Piala Liga sepanjang masanya di City setakat ini, dan memain peranan penting dalam pasukan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah tahun 2016.

Pada musim ini beliau telah bermain dalam 18 perlawanan di kesemua kejohanan dengan mendahului sebagai pembantu jaringan terbanyak sebanyak 8 gol.

Related image

Semenjak penampilan pertamanya tahun 2010, tiada pemain lain membantu jaringan gol terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris selain El Mago, nama timangannya.

Beliau merupakan penjaring gol keempat terbanyak Sepanyol sepanjang zaman, hanya tiga gol di belakang Fernando Torres dan kurang lima dari pemain legenda Real Madrid, Raul, dan kekal sebagai pemain penting untuk pasukan bimbingan Julen Lopetegui.

Image result for david silva spain

Setiap kami di City mengucapkan tahniah dan berbesar hati atas komitmen masa depan David kepada kelab dan kami ucapkan yang terbaik untuk tempoh karier seterusnya di sini.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Percaya di sebalik kejayaan Sterling

Laporan Perlawanan

Sterling jamin kemenangan City ke atas Southampton

TOGETHER: City celebrate going ahead on 47 minutes.

Raheem Sterling buat perlawanan ketiga berturut-turut menjadi penyelamat memberi kemenangan buat City selepas gol di masa tambahan mengalahkan Southampton 2-1 di Stadium Etihad.

Laporan perlawanan Liga Perdana Inggeris City 2 Southampton 1

Berita Pasukan Utama

Ikuti kami langsung di Twitter!