quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Rekod baru kelab disahkan oleh pakar undang-undang

PENALTY PRIZE: The City players celebrate their spot-kick success

PENALTY PRIZE: The City players celebrate their spot-kick success

Kemenangan Manchester City ke atas Wolves dalam Piala Carabao bulan lalu dikira sebagai sebahagian dari kemenangan kelab menurut sekumpulan pakar perundangan permainan dan ahli statistik.

City mengalahkan Wolves 4-1 melalui penalti penentuan dan mencatat rekod baru kelab dengan 12 kemenangan berturut-turut.

Related image

Rekod tersebut kini dilanjutkan kepada angka 15 selepas City menang ke atas West Brom, Napoli dan Arsenal sebelum rehat antarabangsa.

Pakar sejarah bola sepak, Gary James telah menghubungi David Elleray, Pengarah Teknikal Majlis Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board), peneraju penggubal undang-undang permainan.

Image result for david elleray

Elleray telah mengesahkan yang penalti penentuan yang membawa kemenangan ke atas Wolves dikira sebagai kemenangan. “Sepakan-sepakan dari garisan penalti adalah cara menentukan pemenang sesuatu perlawanan apabila jaringan terikat seri,” katanya.

“Jika mana-mana pasukan bermain sesuatu perlawanan yang memerlukan sepakan penalti dan mereka menang dalam ‘acara’ tersebut, maka dikira mereka menang perlawanan.”

Stuart Barnes, editor ‘Nationwide Football Annual’, yang merupakan pengumpul rekod statistik bola paling lama turut telah mengesahkan kenyataan Elleray dengan mengatkan: “Saya telah bercakap dengan Albert Sewell (pakar statistik program ‘Match of the Day’ selama 37 tahun) dan kami berdua turut bersetuju yang kemenangan tersebut dikira sebagai kemenangan berturan Manchester City untuk rekod baru mereka.

Image result for stuart barnes

“Rekod baru City akan jelas disebut dalam reviu tahunan kelab-kelab nanti.”

Pakar statistik bola Sky Sports, James Wheeler berkata yang beliau tiak meragui keputusan tersebut patut dikira untuk rekod baru City. “Ia jelas kemenangan berturut-turut, kami mengiranya. Anda menang perlawanan dan mara ke pusingan seterusnya. Anda tidak boleh mara ke pusingan seterusnya dengan seri.”

Manakala Pengarah Persatuan Statistik Bola Sepak, Mark Berber berkata: “Kami penuh persetujuan yang perlawanan menentang Wolves sepatutnya dikira sebagai kemenangan buat Manchester City.”

Ia merupakan permulaan musim yang mencatat banyak rekod baru buat pasukan Pep Guardiola.

Kemenangan 15 perlawanan berturut-turut merupakan satu rekod baru untuk mana-mana pasukan England dan pencapaian 52 gol di kesemua kejohanan hanya selepas 17 perlawanan merupakan rekod tertinggi dicatat oleh mana-mana pasukan Liga Perdana Inggeris.

Pengumpulan 31 mata dan perbezaan +31 gol adalah permulaan terbaik dalam sejarah Liga Perdana selepas 11 perlawanan dan kemenangan 9 perlawanan berturut-turut menyamai rekod terbaik pernah dicapai City semenjak tahun 1947.

Dari lanjutan musim lalu, City kini tanpa kalah dalam 23 perlawanan berturut-turut, satu lagi rekod baru kelab.

Berita Pasukan Utama

Silva, Foden dan Walsh terima anugerah NWFA 2017

Berita Pasukan Utama

Silva menjaringkan dua gol untuk Sepanyol.

Berita Pasukan Utama

Fokus: Leroy Sane

Musim yang luar biasa buat Leroy Sane!

Musim yang luar biasa buat Leroy Sane

Lihat dengan lebih terperinci disebalik permulaan cemerlang Leroy pada musim ini.