quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep puji Sterling menjelang lawan Arsenal

PEP TALK: The boss is preparing his side to face Arsenal this weekend

PEP TALK: The boss is preparing his side to face Arsenal this weekend

Pep Guardiola telah memuji prestasi permainan Raheem Sterling yang meningkat musim ini menjelang kunjungan Arsenal hari Ahad

Pemain sayap serangan England itu kini telah menghasilkan 10 gol di kesemua kejohanan selepas menjaringkan gol keempat dalam kemenangan 4-2 ke atas Napoli malam Khamis lalu.

Ia bermakna hanya Harry Kane dan Romelu Lukaku merupakan pemain Liga Perdana Inggeris yang menjaringkan jumlah gol lebih banyak di kesemua kejohanan setakat ini pada musim ini.

Image result for sterling goal vs napoli

Guardiola berkata, Sterling begitu menikmati permainannya yang membawa punca jumlah gol banyak dihasilkannya, dan bos City mendorongnya untuk terus memperbaiki permainan untuk tahun-tahun mendatang.

“Saya rasa dia begitu seronok menjaringkan gol, dia tidak gentar ambil sebarang risiko.

“Dia sedar betapa seronoknya menghasilkan gol-gol, betapa bagusnya ia.

“Mikel Arteta telah bekerja keras selepas sesi latiha membantunya.

“Raheem tahu sebagai penyerang/pemain sayap dia perlu jaringkan gol-gol. Anda tidak dapat bersaing dalam pasukan bermain pada tahap tinggi jika anda tidak jaringkan gol. Ia amat penting buat kami.

“Terutamanya, saya rasa dia putuskan dia boleh jaringkan gol-gol dan dia seronok melakukannya.

“Dia kini lebih baik dalam hantaran akhir, dia bertambah baik tapi dia boleh lakukan lebih baik lagi.

Image result for sterling mikel arteta

“Pemain ternama memutuskan dengan bagus pada saat yang tepat.

“Tapi dia hanya baru 21 tahun. Dia akan bertambah baik kerana dia muda dan kami di sini untuk membantunya.”

Sementara itu, Guardiola sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Sergio Aguero yang menjadi penjaring gol terbanyak City sepanjang zaman.

Penyerang Argentina itu menjaringkan gol ke-178 sejak menyertai kelab pada musim panas 2011 yang membawa City mendahului 3-2 di Naples.

Ia membawanya mengatsi rekod 77 tahun Eric Brook, sesuatu yang Guardiola percaya menjadi sumber kebangaan untuk penyerangnya.

“Saya telah katakan banyak kali lambat laun ia pasti berlaku, dia amat fokus untuk memenangi perlawanan juga apa yang perlu dilakukannya untuk rakan-rakan sepasukan dan juga kelab.

“Dia seharusnya merasa bangga atas apa yang telah dilakukanya dan untuk keluarganya.”

Menjelang kunjungan pasukan kendalian Arsene Wenger petang Ahad ini, Pep turut mengulas beberapa perkara tentang pasukan utara London itu yang kini di kedudukan kelima carta liga, sembilan mata di belakang City.

Image result for pep wenger

“Alexis Sanchez adalah pemain Arsenal, pengurusnya perlu bercakap tentangnya bukan saya. Jendela perpindahan sudah ditutup. Dia pemain Arsenal dana mat penting untuk mereka.

“Saya tiada ragu atas kualiti pada Ozil. Saya seronok melihat dia bermain. Para pemain ternama sering dikritik. Saya amat kaguminya.

Pep turut ditanya rekod tanpa kalah City yang kini dicatat dari awal musim dan 22 perlawanan dari akhir musim lalu mungkin akan memecah rekod Arsenal yang dicatat dari Mei 2003 hingga Oktober 2004 dengan 49 perlawanan tanpa kalah di kesemua kejohanan.

“Saya ingin katakan kepada Arsene Wenger rekod ini kekal jadi miliknya. Kami tidak akan lakukannya, ia sesuatu yang hebat. Kami tidak mahu memecah rekod ini.

"Tapi sekiranya kami dapat kekal prestasi seperti sekarang hingga ke akhir musim bulan Mei nanti, kami ada peluang."

Berita Pasukan Utama

City mendominasi pencalonan anugerah EPL Oktober

Berita Pasukan Utama

Aguero: Ini detik indah sekali seumur hidup!

Laporan Perlawanan

Rekod gol Aguero bawa City ke 16 akhir UCL