quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Fokus: Leroy Sane

Musim yang luar biasa buat Leroy Sane!

Musim yang luar biasa buat Leroy Sane!

Musim yang luar biasa buat Leroy Sane

Beliau telah cemerlang dengan konsistennya sepanjang tempoh dimana City menang 16 perlawanan dan satu seri dalam 17 perlawananan pembukaan: seorang pemain yang berkualiti yang kini juga dikenali sebagai penyerang muda terbaik di dalam Liga Perdana.

Sane merupakan senjata terbaik dan beliau gunakan gerakan pantasnya untuk mematahkan serangan pihak lawan. Dengan pemain-pemain seperi Kevin De Bruyne dan David Silva di ruangan tengah, mereka boleh membuat hantaran tepat dan pasukan itu mampu mendominasi permainan dalam masa beberapa saat sahaja. Sane mungkin menjadi salah seorang pemain terbaik di City.

Beliau juga kelihatan semakin selesa mengawal bola. City cenderung untuk mendominasi dan mengawal permainan manakala pemain berusia 21 tahun itu sangat mahir mengawal bola di kawasan bahaya dan mampu membuat hantaran dengan baik. Beliau membuat 85 peratus hantaran musim ini berbanding 81 peratus pada musim lalu.

8 gol juga telah disumbangkan oleh beliau dalam 17 perlawanan sepanjang musim ini dan ini sudah cukup cemerlang tambahan pula dengan tujuh bantuan yang telah dilakukannya. Bagi seorang pemain yang sebegitu muda, pencapainnya itu adalah sangat baik.

Statistik Liga Perdananya juga menunjukkan peningkatannya dalam produktiviti. Beliau memperolehi enam gol dalam 11 perlawanan pada musim ini dan purata 0.55 bagi satu perlawanan. Ini merupakan satu peningkatan drastik berbanding 0.19 gol bagi satu perlawanan ketika kempen bermula. Sane nampak lebih yakin dengan kemampuan untuk bermain.

EVERY ANGLE: Leroy Sané v West Brom

Features

Video

Every Angle: Leroy Sané v West Brom

View original post

Begitu juga dengan bantuan yang dilakukannya. Beliau telah melakukan lima bantuan, secara purata 0.45 untuk satu perlawanan manakala ianya cuma 0.11 bagi satu perlawanan pada musim yang lalu.

Itu semua adalah peningkatan yang signifikan. Masih banyak yang perlu beliau pelajari tetapi pengaruh Pep Guardiola jelas menunjukkan kesan yang besar.

Gol yang dijaringkannya juga wajar diberikan perhatian. Contohnya gol jarak jauh seperti dalam kemenangan City yang kelima di Liverpool. Untuk membenamkan Crystal Palace, beliau menendang bola tersebut melepasi kepala Scott Dann sebelum menghantar bola tersebut melepasi Wayne Hennessey. Beliau mempunyai kekuatan dan ketepatan di dalam dirinya.

Kemahirannya dalam pertahanan juga bertambah baik. Kadar kejayaannya untuk mengatasi pihak lawan meningkat dari 63 peratus ke 83 peratus. Guardiola adalah seorang jurulatih yang tegas dan beliau sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk setiap pemain dan Sane menunjukkan yang beliau mampu melakukannya.

Ini semua adalah yang terbaik untuk City. Sane seorang yang muda dan sentiasa mahukan cabaran dan dibentuk untuk menjadi seorang bintang oleh Pep Guardiola. “Sane merupakan seorang bakat besar dan tahniah saya ucapkan kepada Jerman kerana mempunyai seorang pemain seperti beliau,” kata Guardiola kepada pengurus pasukan Bayern Munich. Catalan telah lama nampak potensi itu, mungkin juga beberapa pasukan lain namun City yang berjaya mendapatkan beliau.

Tidak banyak halangan untuk Sane ke puncak sukan bola sepak.  

Apa Kata Media

Pemain-pemain City di kedudukan teratas dalam Liga

Berita Pasukan Utama

Perlawanan pilihan wartawan City setakat ini...

Berita Pasukan Utama

Lescott: Stones ada faktor X

Bekas pemain pertahanan menilai prestasi John Stones setakat ini

Joleon Lescott kagum dengan kemampuan John Stones pada musim ini.

Bekas pemain pertahanan menilai prestasi John Stones setakat ini