quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Kompany boleh ganti tempat Stones

PEP WATCH: The manager gesticulates from the touchline at the King Power.

PEP WATCH: The manager gesticulates from the touchline at the King Power.

Terdapat perasaan bercampur baur Pep Guardiola meskipun pasukannya mencatat kemenangan ke-16 berturutan selepas mengalahkan Leicester 2-0.

Gol berkualiti Gabriel Jesus dan Kevin De Bruyne menjamin tiga mata penuh buat City, namun kemenangan tersebut tercalar dengan kecederaan hamstring menimpa John Stones di separuh masa pertama.

Berita baiknya, Vincent Kompany kembali buat pertama selepas berehat tiga bulan dan mempersembahkan permainan mantap di bek tengah.

“Ia tidak bernasib baik buat kami dan John, dan saya rasa dia terpaksa direhatkan sehingga enam minggu dengan jenis kecederaan seperti itu.

“Kami terpaksa menanggung bahana kerana dia bermain 90 minit penuh setiap kali perlawanan. Kami tidak ada banyak pilihan di bahagian pertahanan tengah.

“Namun semangat pasukan ini dan dengan semua pemain amat bagus jadi kami akan cuba cari penyelesaiannya.

“Saya amat kagum dengan Vincent. Selepas lebih dua bulan tidak bermain dan hanya sekali beraksi dengan pasukan kebangsaan, ia amat rumit untuk kembali bermain.

“Tapi kami tahu betapa kuat dan berdaya saingnya dia sebagai pemain pertahanan dengan bola dan tanpa bola. Dia telah banyak membantu kami musim lalu untuk menang tujuh perlawanan berturut-turut.

“Diharap dia akan kekal cergas dan selamat sehingga akhir musim ini.”

Eliaquim Mangala telah diturunkan dair bangku simpanan menggantikan Stones dan telah membantu City mencatat satu lagi kemenangan tanpa bolos, namun De Bruyne dan Jesus sekali lagi mendapat perhatian utama.

Gabriel Jesus tidak menjaringkan gol mudah, ia merupakan gol ke-10 nya buat kelab di kesemua kejohanan musim ini, namun ia gol yang indah hasil kerjasama cantik pasukan.

Tajam, satu sentuhan pendek dari hantaran melibatkan De Bruyne, Fabian Delph, Raheem Sterling dan David Silva sekaligus meranapkan pertahanan Leicester yang begitu kukuh dari awal perlawanan.

Kemudian gol kedua De Bruyne dengan tendangan kaki kiri meledak masuk melepasi Kasper Schemichel yang tercungap-cungap bernafas dalam udara sejuk lewat Musim Luruh.

“Pertamanya ia bagus kerana kami berjaya melakukannya selepas banyak hantaran, dan selepas kami melakukan serangan dalam ruang dan keputusan yang tepat.

“Selepas itu Kevin dengan bakatnya, musim lalu kami tidak dapat menjaringkan gol seumpama itu, percubannya banyak terkena tiang. Tahun ini ia masuk.

“Ia sentiasa sukar selepas rehat antarabangsa, tapi saya tidak terkejut dengan para pemain saya.

“Di Leicester ia sentiasa susah dengan balingan, sudut, pergerakan mereka di belakang dan juga ancaman Mahrez.

“Kami telah menguasai permainan sekali lagi, kami tidak meranan dan ia tiga lagi mata penuh.”

Galeri Foto

Liga Perdana kembali! Persiapan ke Leicester

Galeri Foto

Liga Perdana kembali! Persiapan ke Leicester

Berita Pasukan Utama

Ikuti kami langsung di Twitter!

leicester v city

Ikuti liputan langsung perlawanan Liga Perdana Inggeris pertemuan Manchester City dengan Leicester City di bawa dari King Power Stadium.