quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Walker tak sabar bertemu sahabat lama

Kyle v Soton

Kyle v Soton

Kyle Walker akan dipertemukan dengan sahabat lamanya, Ryan Bertrand apabila Manchester City menentang Southampton malam Khamis ini.

Bertrand dan Walker mengenali satu sama lain agak lama di pelbagai peringkat tahap umur dalam pasukan England dan juga lawan dalam Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga.

Bertrand yang bersama Saints sejak tahun 2015 telah mewakili England Bawah-19 sebanyak 10 kali, sementara Walker tujuh kali. Kedua-dua pemain turut mewakili England Bawah-21 dengan Ealker sebanyak 7 dan Bertrand 16 kali.

Kini kedua-dua pemain England tersebut sering bertemu apabila mereka beraksi untuk Three Lions, namun Walker lebih kerap diturunkan dengan 32 kali berbanding Bertrand hanya 19 kali setakat ini.

Pada hari Rabu ini , Walker akan sekali lagi bertarung dengan pemain yang dikaguminya di posisi bek penuh serangan di Stadium Etihad.

Image result for ryan bertrand southampton

“Ryan setahun lebih tua dari saya tapi ketika bersama pasukan remaja England kami mengenali sudah agak lama.

“Kenangan terawal saya tentang Ryan ketika saya bermain menentangnya semasa saya bersama Sheffield United, sementara beliau bersama Reading, saya rasa sekitar lapan tahun lalu.

“Dia seorang bek kiri yang handal dan anda tidak menjuarai Liga Juara-Juara Eropah jika hanya sekadar pemain biasa.

Image result for ryan bertrand chelsea champions league

“Dia tinggalkan Chelsea untuk lebih kerap bermain bola sepak dan itulah yang dia perlu lakukan.

“Ia memperihalkan banyak tentang peribadinya yang beliau bukan sekadar ingin bermain untuk Chelsea kadang-kala, dan saya rasa dia telah buktikan bakatnya bersama Southampton.”

*Perlawanan City menentang Southampton akan berlangsung hari Rabu 29 November jam 8 malam waktu UK bersamaan pukul 4 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Pep: Ia antara perlawanan paling mencabar

GUARDIOLA GLEE: The manager's happy with a comeback that secures the best ever start to a Premier League season!

Pep Guardiola mengakui yang kemenangan tipis ke atas Huddersfield Town merupakan salah satu ujian paling sukar dihadapi pasukannya musim ini.

Reaksi pengurus Huddersfield 1 Man City 2

Laporan Perlawanan

Sterling hero kemenangan City di Huddersfield

Galeri Foto

Persiapan ke Huddersfield