quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Lescott: Stones ada faktor X

Bekas pemain pertahanan menilai prestasi John Stones setakat ini

Bekas pemain pertahanan menilai prestasi John Stones setakat ini

Joleon Lescott kagum dengan kemampuan John Stones pada musim ini.

Lescott dan Stones pernah berada di haluan yang sama dengan kedua-duanya bersama di Goodison Park selama tiga musim dan memakai jersi nombor 5.

Mereka berdua juga bermain di posisi bek tengah dan juga sering diminta untuk bermain di posisi bek kiri semasa bersamaToffees sebelum kedua-dua melakukan perpindahan berprofil tinggi ke City.

Related image

Dan persamaan ini tidak berakhir disitu.

Pasangan ini masing-masing bermain untuk England, Lescott yang pernah bergandingan dengan Vincent Kompany semasad di Stadium Etihad turut berkata Stones adalah seorang pemain pertahanan yang berbeza kepada kapten pasukan itu.

“Stones memang bagus dalam pertahanan tetapi tidak semua orang sama dengan Vincent Kompany dan tidak ramai pemain pertahanan yang akan menjadi sebaik Vinny, tidak kira apa situasi sekalipun,” kata Lescott, bekas pemain pujaan ramai.

“Vinny ada gayanya yang tersendiri – Saya ada cara yang berbeza bila saya bergandingan dengan beliau dan oleh sebab itu kami bekerjasama dengan baik.

Image result for joleon lescott vincent kompany

 “John tidak mempunyai gaya pertahanan yang sama, namun beliau boleh mejadi pertahanan yang baik dan mungkin ada sesuatu yang lebih dalam diri beliau.”

“John boleh lakukan apa yang pemain pertahanan lain tidak boleh lakukan – sedikit drama, mungkin untuk mengelakkan masalah ketika perlu – sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain,” kata

Lescott yang telah memenangi dua gelaran  Liga Perdana Inggeris, satu Piala FA dan satu Piala Liga sepanjang lima tahun bersama kelabnya.

“Beliau akan lakukan tugasnya dan akan melakukan pertahanan dengan baik tetapi akan ada saat-saat apabila beliau melakukan sesuatu yang luar biasa dan anda semua akan ‘ah’, itulah sebabnya beliau dianggap sebagai yang terbaik.

Image result for joleon lescott john stones everton

“Beliau seolah-olah tidak akan tercedera dan sentiasa kelihatan tenang – beliau ada segalanya dan beliau ada potensi untuk pergi lebih jauh, 23 tahun ialah usia yang masih muda.

 “Saya sangat kagum dengan beliau, terutamanya musim ini dimana beliau kelihatan semakin kuat hari demi hari.”

Lescott yang berusia 35 tahun kini sudah bersara dari permainan bola dan kelab terakhirnya adalah Sunderland selepas berpindah dari City ke West Bromwich musim 2015/16 kemudian ke Aston Villa musim berikutnya.

 

Berita Pasukan Utama

Pandangan Stones terhadap City

Beliau menggunakan kesempatan ini untuk memantapkan mutu permainannya dibawah kendalian Pep Guardiola.

John Stones menyambut baik peluang untuk memperbaiki diri sejak hari pertamanya di Manchester City pada musim panas yang lalu

Pengalaman-pengalaman positif dan negatif telah membantu perkembangannya.

Berita Pasukan Utama

Topik perbincangan: Setakat musim ini

Berita Pasukan Utama

Ke mana dan bila bintang antarabangsa kami beraksi

179 AND COUNTING: City's record-breaking forward celebrates his penalty strike with Leroy Sané.

Kemenangan 3-1 oleh Manchester City ke atas Arsenal pada hujung minggu lalu membuka jurang lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris dan seterusnya melanjutkan lagi kemenangan kami untuk 17 perlawanan – namun, sudah tiba masanya untuk masa rehat antarabangsa buat bulan November.

Tugas antarabangsa…..