quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pandangan Stones terhadap City

Beliau menggunakan kesempatan ini untuk memantapkan mutu permainannya dibawah kendalian Pep Guardiola.

Beliau menggunakan kesempatan ini untuk memantapkan mutu permainannya dibawah kendalian Pep Guardiola.

John Stones menyambut baik peluang untuk memperbaiki diri sejak hari pertamanya di Manchester City pada musim panas yang lalu

Corak permainan yang menarik oleh pemain yang berusia 23 tahun ini sebagai pertahanan tengah merupakan asas bagi permulaan cemerlang untuk musim ini dan beliau merasakan bahawa apa yang dipelajarinya membolehkan beliau mencapai prestasi lebih tinggi.

Pemain ini turut mengakui bahawa banyak cabaran yang telah diharunginya setakat ini. Beliau mempunyai kadar hantaran yang tertinggi dalam Liga Perdana dan menurutnya semua halangan yang dilaluinya itu adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.

“Saya akui prestasi saya semakin meningkat sejak kehadiran saya di City,” katanya kepada wartawan menjelang perlawanan persahabatan England dengan Jerman.

“Saya sentiasa belajar dan membuat peningkatan.

 “Tapi ini tidak bermakna semuanya adalah positif dan berjalan dengan baik.

“Saya cuba kenali diri saya dengan lebih dalam dan setiap kali saya turun ke padang untuk latihan, saya akan pastikan ada sesuatu yang boleh saya pelajari.

“Semua pemain-pemain (England) mempunyai mentaliti yang sama dan sebab itulah prestasi mereka dia kelab adalah baik.

“Semuanya berjalan dengan baik dan harap ianya berterusan.”

Pengalaman-pengalaman positif dan negatif telah membantu perkembangannya.

Pep Guardiola telah meletakkan Stones dalam posisi tiga orang pertahanan dalam beberapa perlawanan ketika kempen baru bermula.

Ini adalah pendekatan yang digunakan oleh Gareth Southgate untuk England dan ini tidaklah mengejutkan bagi seorang yang sentiasa tenang. Ianya sesuatu yang selesa buat pemain kelahiran Barnsley itu.

“Secara peribadi, saya tidak fikir saya ada sistem yang menjadi pilihan.

“Anda harus sesuaikan diri dengan apa sahaja yang ada dihadapan anda. Saya fikir kami boleh tukar corak permainan tidak kira dengan sesiapa sahaja kami bermain.”

Jerman dan Brazil akan menentang pasukan The Three Lions semasa masa rehat antarabangsa. Ini bermakna Stones akan merasakan bagaimana rasanya ditentang oleh mereka yang biasanya menjadi rakan sepasukan,

Leroy Sane dan Ilkay Gundogan adalah sebahagian daripada skuad Jerman manakala beliau akan berhadapan dengan Gabriel Jesus yang sentiasa bertenaga dan licik ketika perlawanan menentang Brazil nanti.

Sebagai seorang yang sukakan cabaran, pemain tengah berusia 20-an itu melihat kedua-dua perlawanan ini sebagai peluang untuk menunjukkan kemampuannya beraksi disamping pemain-pemain terbaik dunia.

“Kami telah menentang Jerman sebanyak dua kali sebelum kami kenali mereka dengan lebih baik.

"Ianya adalah sesuatu yang tidak saya ketahui, menarik untuk saya secara peribadi. Menentang yang terbaik mejadikan anda seorang yang lebih baik.

 “Kami akan kesana dan tewaskan mereka.

“Dengan pemain yang kami ada dan keinginan kami yang sama, ini akan menjadi perlawanan yang hebat.”

Berita Pasukan Utama

Ke mana dan bila bintang antarabangsa kami beraksi

179 AND COUNTING: City's record-breaking forward celebrates his penalty strike with Leroy Sané.

Kemenangan 3-1 oleh Manchester City ke atas Arsenal pada hujung minggu lalu membuka jurang lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris dan seterusnya melanjutkan lagi kemenangan kami untuk 17 perlawanan – namun, sudah tiba masanya untuk masa rehat antarabangsa buat bulan November.

Tugas antarabangsa…..

Berita Pasukan Utama

Sterling dan Delph tarik diri dari skuad England

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami mesti terus kalahkan pencabar liga