quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Ia antara perlawanan paling mencabar

GUARDIOLA GLEE: The manager's happy with a comeback that secures the best ever start to a Premier League season!

GUARDIOLA GLEE: The manager's happy with a comeback that secures the best ever start to a Premier League season!

Pep Guardiola mengakui yang kemenangan tipis ke atas Huddersfield Town merupakan salah satu ujian paling sukar dihadapi pasukannya musim ini.

City terpaksa bermain bermatian-matian menentang Terriers yang begitu kental dengan mengejar dari belakang untuk mengaut kesemua tiga mata untuk dibawa pulang dengan satu lagi jaringan kemenangan lewat perlawanan oleh Raheem Sterling.

“Kami akan kalah dalam perlawanan lambat laun. Hari ini ia begitu hampir. Dengan satu perlawanan satu minggu anda kurang berpeluang untuk keciciran mata, tapi dengan tiga perlawanan satu minggu dan empat kejohanan, ia mustahil.

“Apabila ia berlaku berlaku, saya mahu lihat bagaimana kami akan bereaksi.”

Dalam City terus memecah rekod baru, bos menambah: “Lapan kemenangan berturut-turut ia hebat, termasuk 11 kemenangan berturut-turut Liga Perdana Inggeris. Kami dalam keadaan bagus kini. Ia satu kemenangan besar dalam perlawanan sebenar Liga Perdana Inggeris.

Image result for huddersfield 1-2 man city

“Musim Sejuk telah tiba. Dalam situasi-situasi sebegini, anda kurang masa untuk pulih dan ia terlalu fizikal. Huddersfield telah bertahan dengan bagus. Di sekitar petak penalti, ia rumit.

“Pada separuh masa pertama, kami telah bermain dengan bagus. Kami telah jaringkan satu hingga dua gol lewat perlawanan musim ini. Untuk menjadi juara, ia amat penting. Tiada istilah perlawanan mudah.

“Dengan semangat, kami boleh teruskan. Saya dapat lihat para peminat kami begitu gembira melihat para pemain mereka berjuang hingga ke saat akhir.

Image result for man city fans vs huddersfield

“Ia semua tentang bagaimana anda bertindak balas dalam situasi-situasi ini. Inilah bola sepak. Kekal tenang, yakin dan positif ke detik akhir.

“Huddersfield mempunyai para penyokong yang hebat. Kami tahu dari musim lalu dalam perlawanan Piala FA dan saya juga saksikan perlawanan mereka menentang Man United.

Related image

“Mereka begitu bersemangat memberi sorakan kepada pasukan mereka di separuh masa kedua setiap kali perebutan bola dan terjahan.

“Dalam situasi sebegini, kami telah tunjukkan banyak personaliti dan saya amat gembira.”

Image result for huddersfield 1-2 man city

Berkenaan Sterling, bos berkata: “Ia bukan hanya tentang berapa banyak jumlah gol dihasilkannya atau berapa banyak peluang diciptanya.

“Ia juga tentang bagaimana beliau mengekalkan posesi bola dan pergerakannya. Dia masih muda dan kami boleh memperbaikinya lagi untuk dia menjadi seorang pemain lebih baik. Kami amat gembira dengan prestasinya.”

Laporan Perlawanan

Sterling hero kemenangan City di Huddersfield

Galeri Foto

Persiapan ke Huddersfield

Berita Pasukan Utama

Ikuti kami langsung di Twitter!

City v Hudds

Ikuti liputan langsung perlawanan Liga Perdana Inggeris pertemuan Manchester City dengan Huddersfield di bawa dari John Smith's Stadium.