quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Kami takkan pandang mudah Huddersfield

Pep Guardiola berkata yang Manchester City tiada kecederaan pemain baru menjelang kunjungan ke Huddersfield dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris hari Ahad

Bercakap di sidang media hari Jumaat dalam persediaan ke Stadium John Smith, bos City berkata tiada kecederaan pemain berikutan perlawanan menentang Feyenoord malam Rabu lalu dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Pep mengesahkan yang kapten Vincent Kompany cergas dan dalam pemilihan pemain berikutan kembali beraksi selepas direhatkan hampir dua bulan setengah dalam kemenangan 2-0 ke atas Leicester hujung minggu lalu.

Image result for kompany leicester 0-2 city

“Tiada kecederaan baru. Setiap pemain baik sahaja. Kelmarin merupakan hari cuti. Hari ini, saya mahu lihat bagaimana keadaan setiap pemain.

“Vincent bersedia untuk bermain.”

City akan bertandang di laman Terrier dengan prestasi memberangsangkan sebagai pendahulu dengan 17 kemenangan berturut-turut dalam kesemua perlawanan terakhir di semua kejohanan dengan jarak 8 mata di puncak liga.

Image result for wagner huddersfield manager

Namun bos City mengatakan yang pasukannya tidak akan memandang mudah menentang pasukan kendalian David Wagner yang bermula dengan bagus dalam saingan liga selepas dipromosi musim ini dan telah menewaskan Manchester United di laman sendiri musim ini.

“Kami telah bermain melawan mereka musim lalu. Kami tidak berupaya menang di tempat mereka dalam perlawanan Piala FA (seri 0-), kami sedar betapa sukarnya bermain di sana. Namun kami menang dalam perlawanan kedua di tempat sendiri (menang 5-1).

Related image

“Apa yang Wagner telah lakukan telah dibuktikannya, dipromosi dari Championship. Kemenangan menentang Man United.

“Namun bukan itu sahaja. Di tempat sendiri, mereka meraih keputusan bagus. Apabila mereka memutuskan untuk menekan tinggi, mereka amat tersusun.

“Sebagaimana dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di tempat lawan, kami akan cuba sebaiknya untuk menang.”

* Perlawanan menentang Huddersfield Town akan berlangsung di John Smith Stadium pada hari Ahad 26 November jam 4 petang bersamaan pukul 12 tengah malam waktu Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Trio pemain City dicalon anugerah tahunan UEFA

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Akademi City patut rasa bangga

Laporan Perlawanan

Lewat gol Sterling bawa kemenangan lawan Feyenoord

TOP SPOT: City players celebrate Sterling's winner

City mara ke 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah sebagai pendahulu Kumpulan F selepas gol lewat perlawanan oleh Raheem Sterling dalam kemenangan 1-0 ke atas Feyenoord malam Rabu.

Laporan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah City 1 Feyenoord 0