quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Caballero Kemenangan ke atas Palace jadi inspirasi

Manchester City berpeluang untuk menamatkan musim ini di posisi ketiga Liga Perdana Inggeris untuk layak secara automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Selepas kemenangan bergaya 5-0 ke atas Crystal Palace Sabtu lalu, penjaga gol City, Willy Caballero percaya ia boleh menjadi inspirasi untuk baki tiga perlawanan seterusnya.

“Ia mungkin jaringan sempurna tapi masih ada banyak ruang untuk diperbaiki lagi.

“Kami tidak biasa menjaringkan banyak gol dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. Kami telah mencipta banyak peluang tapi tidak dapat menyudahinya.

“Kami perlu terus cuba memperbaikinya lagi.”

Selepas kemenangan hari Sabtu yang membawa City ke tempat ketiga sementara sebelum Liverpool seri tanpa jaringan dengan Southampton hari Ahad yang menyaksikan mereka kembali ke posisi ketiga dengan berbeza hanya satu mata.

Namun City dengan kelebihan satu perlawanan berbanding Liverpool, Caballero berkata ia memberi peluang untuk pasukan kendalian Pep Guardiola bukan hanya posisi keempat tapi ketiga untuk layak secara automatik mengiringi Chelsea dan Spurs ke saingan kumpulan Liga Juara-Juara.

“Sudah tentu menamatkan musim ini di tempat ketiga penting, kini kami di kedudukan amat baik. Apa yang paling penting ialah melakukan tugasan kami dengan baik.

“Kami telah melaksanakannya dengan bagus Sabtu lalu, dan kini kami perlu mengulanginya dalam baki tiga perlawanan lagi.

City bermula cemerlang dengan David Silva menyumbang gol seawal dua minit selepas perlawanan bermula yang mengurangi tekanan pasukan

“Ia sentiasa penting menjaringkan gol awal dan Silva telah menenangkan kami yang membawa kami bermain lebih bagus dan tenang.

“Tekanan semakin tinggi dalam perlawanan-perlawanan terakhir musim dan selepas seri dalam dua perlawanan terakhir, kami amat memerlukan kemenangan.”

Ia bukan sekadar kemenangan yang memuaskan hati penjaga gol City asal Argentina berusia 35 tahun tersebut, tapi juga barisan penyerang muda Gabriel Jesus, Leroy Sane dan Raheem Sterling.

“Apabila anda melihat persembahan permainan para penyerang muda tersebut kami berkeyakinan untuk berpeluang menang.

“Kami merindukan Silva apabila dia direhatkan, juga Yaya, tapi apabila mereka bermain pasukan lebih menyinar dan mencipta lebih banyak peluang.”

Dengan hari Sabtu ini perlawanan bertemu Leicester turut sama penting, Caballero menyasar supaya pasukan mengulangi persembahan sama terutama dari segi serangan.

“Apa yang paling penting ialah untuk terus meraih kemenangan cara sama kerana ia cara kami bermain. Ia cara yang Pep mahukan kami bermain.

“Sudah tentu, agak lama kami tidak menang dengan cara tersebut, jadi kami perlu mencubanya lagi ketika menentang Leicester nanti.

“Mereka gemar bermain bola panjang untuk Vardy dari belakang, jadi kami perlu bertahan dengan baik, tapi kami juga harus bersikap positif dan bermain cara kami, nescaya kami akan berpeluang cerah untuk menang.”

* Perlawanan menentang Leicester akan berlangsung di Stadium Etihad, hari Sabtu, 13 Mei jam 12.30 tengahari UK bersamaan pukul 7.30 malam waktu tempatan Malaysia.

 

Berita Pasukan Utama

Pep: Menukar peluang kepada gol adalah kunci

Pep Guardiola berkata yang gol awal dalam setiap babak perlawanan merupakan platform sempurna untuk City mencatat kemenangan terbesar di tempat sendiri dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Reaksi Pep Guardiola Manchester City vs Palace

Berita Pasukan Utama

Reaksi Pep Guardiola Manchester City vs Palace

Pep Guardiola mengesahkan Sergio Aguero, Claudio Bravo dan John Stones tidak dapat beraksi ketika Crystal Palace bertandang di Stadium Etihad, Sabtu ini.

Previu Pep Guardiola Man City vs Palace

Berita Pasukan Utama

Sane, Sterling dan Caballero bersaing untuk POTM