quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Willy Caballero tinggalkan City

Manchester City mengesahkan yang Willy Caballero akan meninggalkan kelab apabila kontraknya berakhir pada akhir bulan Jun ini.

Penjaga gol asal Argentina tersebut telah menyertai City dari Malaga pada Julai 2014 dan memahat namanya sebagai hero di kalangan para peminat City, terutama dalam penyelamatan penalti perlawanan akhir Piala Liga 2016 menentang Liverpool.

Musim ini telah menyaksikan Willy tampil sebanyak 27 kali untuk pasukan Pep Guardiola termasuk dua penampilan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona dan Monaco.

Image result for willy v barcelona

Semasa menentang Monaco di peringkat suku akhir beliau sekali lagi tampil melakukan penyelamatan penalti yang mantap dari percubaan Radamel Falcao.

Secara keseluruhan, Caballero tampil sebanyak 48 kali buat City.

Related image

Mengulas tempoh masanya di Stadium Etihad, Caballero berkata: “Ia satu penghormatan untuk bermain buat Manchester City.

“Dari hari pertama saya tiba di sini, setiap mereka di kelab telah menjadikan saya merasa dialu-alukan dan daya sentiasa akan menghargai mereka.

“Menjuarai Piala Liga dengan penuh dramatik merupakan sesuatu yang istimewa dan ia hari yang saya tidak akan lupakan selamanya.”

Image result for willy city celebrate

Pengarah Bola Sepak City, Txixi Begiristain berkata: “Keinginan Willy dan kecekalannya akan sentiasa dikenang oleh para peminat City atas peranan yang dimainkannya sepanjang tempoh tiga musim ini.

“Dia seorang individu istimewa dan permainannya musim ini pada tahap konsisten.

Image result for willy city

“Saya tiada ragu-ragu walau ke mana sahaja beliau pergi, dia akan terus membuktikan kualiti yang ada padanya pada tahap tinggi.”

Setiap kami di City mengucapkan Willy selamat maju jaya untuk masa depannya.



Laporan Perlawanan

City sudahi musim dengan gemilang

Manchester City menutup musim 2016/17 dengan aksi lima bintang selepas menumbangkan Watford 5-0 di Vicarage Road, hari Ahad.

Laporan perlawanan penutup musim City menentang Watford

Berita Pasukan Utama

Kompany: Piawai telah ditetapkan

Vincent Kompany memimpin Man City dalam kemenangan selesa 5-0 di perlawanan penutup Liga Perdana Inggeris di Watford telah mencabar rakan-rakan sepasukannya untuk meneruskan prestasi sama di musim baru Ogos nanti.

Reaksi Vincent Kompany atas kemenangan 5-0 menentang Watford di perlawanan penutup musim 2016/17.

Berita Pasukan Utama

Pep teruja dengan skuad Man City

Bos Pep Guardiola menjelaskan yang skuad Manchester City merupakan kumpulan pemain terbaik pernah dia bekerja bersama selepas the Citizens menyudahi musim ini di tempat ketiga Liga Perdana Inggeris.

Reaksi Pep Guardiola selepas kemenangan 5-0 ke atas Watford di perlawanan penutup musim 2016/17.