quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep teruja dengan skuad Man City

Bos Pep Guardiola menjelaskan yang skuad Manchester City merupakan kumpulan pemain terbaik pernah dia bekerja bersama selepas the Citizens menyudahi musim ini di tempat ketiga Liga Perdana Inggeris.

City menutup musim 2016/17 dengan bergaya setelah membenamkan Watford dengan lima gol tanpa balas di Vicarage Road hasil gol Vincent Kompany, Sergio Aguero (dua), Fernandinho dan Gabriel Jesus.

Meskipun tempat ketiga bukanlah sasaran awal di permulaan musim, Guardiola merasakan pasukannya berada di posisi baik untuk terus meningkat pada musim 2017/18.

Image result for pep guardiola watford 0-5 man city

Selepas mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah, Guardiola berkata: “Kami di bawah tekanan. Tahniah kepada Chelsea dan Tottenham, kami bersyukur di tempat ketiga.

“Musim depan Arsenal tidak dapat bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah, ia menunjukkan kesukaran untuk layak ke kejohanan elit tersebut. Ia semakin susah dari setahun ke setahun.

“Kami telah melakukan banyak perkara bagus sepanjang musim ini. Anda boleh menilai dari keputusan perlawanan-perlawanan. Jurang terlalu jauh, kami perlu bermain dengan lebih baik untuk merapatkan kedudukan dengan mereka. Kami akan cuba.

Image result for pep guardiola watford 0-5 man city

“City bukanlah satu kelab dengan sejarah panjang bermain di Eropah sebagaimana Man United atau Arsenal. Tapi kini telah beraksi di Eropah lima hingga enam tahun, dan kali ini kami boleh cuba untuk merapatkan jurang dengan pasukan-pasukan elit lain.

“Pasukan-pasukan di Eropah akan bertandang di Stadium Etihad musim depan. Saya tidak tahu apa yang perlu kami tambah. Pasukan ini merupakan antara kumpulan pemain terbaik pernah saya latih, mereka tidak pernah menyerah. Ia satu penghormatan dapat bekerja bersama mereka.”

Guardiola turut menjelaskan apa yang telah diberitahu kepada Yaya Toure semasa pemain tengah Ivory Coast itu diganti keluar dengan kedua-dua kelihatan sempat bercakap-cakap di pinggir padang.

Image result for yaya watford 0-5 man city

“Saya ucapkan terima kasih kepada Yaya. Dia telah bermain dengan hebat musim ini terutama ketika kami menghadapi kesusahan dalam perlawanan. Ia tidak mudah melakukannya.

“Ketika perlawanan tidak mengikut perancangan, para pemain ternama mempunyai personaliti untuk menguasai bola dan terus bermain.

“Apa sahaja yang kami maklumkan kepada para pemain tentang masa depan mereka bergantung pada mereka sendiri.

“Saya lebih arif tentang Liga Perdana Inggeris kini, saya kesal kami tidak dapat berjuang hingga ke akhirnya. Satu dua pasukan lawan lebih kuat dari kami. Tapi kami akan kembali lebih kuat musim depan.”

Berita Pasukan Utama

Silva, De Bruyne dan Aguero disenarai pendek

Pusingan pertama untuk anugerah Pemain Terbaik Etihad musim 2016/17 telah berakhir dengan Kevin De Bruyne, David Silva dan Sergio Aguero disenarai pendek.

Silva, De Bruyne dan Aguero disenarai pendek untuk Anugerah Pemain Terbaik Musim 2016/17. Siapakah pilihan anda?

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Perlawanan Ahad ini final sebenar

Laporan Perlawanan

City menang bergaya ke atas West Brom

City kembali ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan West Bromwich Albion 3-1 di perlawanan terakhir di Stadium Etihad musim ini.

Laporan perlawanan Manchester City lwn West Bromwich Albion